Ini Mungkin Salah Satu Sebab Kenapa Orang Ramai Mahu Tol Dimansuhkan
Tepuk dada tanya selera..mungkin ini hanya satu salah faham atau memang dah perangai petugas lebuh raya tu macam tu.. Ada seorang pengguna ni mengadu sebab terkilan dengan sikap peronda dan polis peronda lebuh raya yang menurutnya tidak menghulur bantuan yang wajar ketika dia mengalami kerosakan kereta semasa melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Pengadu bernama Mohd Sabri Abd Malek, 55, yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia itu mendakwa bahawa para petugas itu tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak mementingkan keselamatan penguna lebuh raya. Kererta tersadai di tepi jalan LPT Ketika dalam perjalanan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Kuantan, kenderaan dipandunya rosak secara tiba-tiba. “Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan ketika itu cuaca panas terik, sekali gus menimbulkan keadaan yang tidak selesa. “Malah, cucu saya yang berusia lebih setahun mengalami muntah-muntah kerana kepanasan. Katanya, ketika itu dia ...