Posts

Showing posts with the label tentera

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Image
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu  | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malays...

Ratusan Tentera Amerika Mendarat Di Airport Trengganu Untuk Apa?

Image
Sejak malam  tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.  Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera. Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya. Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.

Pegawai Tentera Tumbuk Dan Menyepak Isteri

Image
KUANTAN , 23 Oktober - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isterinya di Taman Indera Sempurna di sini pada 28 Julai 2011 lalu. Mohamad Halim Kasbin, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak Azrina Ahmad, 37, di rumah beralamat No. 19, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna di sini pada pukul 5 petang. Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Jesseca Daimis membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000. Tertuduh membayar wang tersebut.