Posts

Showing posts with the label solat

Misteri Di Sebalik Solat

Image
Mari kita mengkaji”MISTERI” atau “RAHSIA” di sebalik SOLAT kita yang kita lakukan 5 kali sehari….. 1 – Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2 – Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3 – Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4 – Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5 – Ruqu’: Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6 – I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 7 – Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 – Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 1 0 – Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11 – Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12 – Salam: Memelihara kita di dalam kubur. 13 – Tertib...

Mati Di Sujud Terkahir Solat Pertama Selepas Memeluk Islam

Image
Kisah seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya pada suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang. Pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gengster itu basah dengan peluh di badannya. Lelaki itu lalu berkata, “tunjukkan aku cara untuk ku memeluk Islam?” Lalu si imam bertanya,”siapakah kamu?” Lalu dijawabnya, “aku Carlos”. “Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang Muslim?” Lalu si imam pun mengislamkan Carlos. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut. Lalu bertanya si imam, “apakah yang membuat mu ingin memeluk Islam?” Jawab Carlos, “aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran di dalam hidup ku yang kosong”. “Suatu hari aku bermimpi cahaya datang kepada ku dan aku mendengar suara berkata, “Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah...

Antara Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari

Image
ANTARA KESALAHAN KETIKA DALAM SOLAT YANG TIDAK KITA SEDARI |  Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis: “Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” [HR Thobrani] Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah… 1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh be...

Kisah Solat Yang Diterima Kerana Pengembala Yang Hina

Image
Disuatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama yang tersohor kerana ilmu agamanya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Qur'an dan juga penghafal beribu-ribu hadis sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk menuntut ilmu di Mekah serta Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulama yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke selatan Siam. Mengikut cerita, bapanya adalah orang pertama di zaman moden yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardu di Masjidil Haram, Mekah. Hendak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulama tersebut telah jatuh sakit dan tidak dapat mengimamkan solat fardu di suraunya. Maka, tiba-tiba datanglah seseorang yang berpakaian buruk (seolah-olah tidak siuman) sejurus sebelum solat fardu dilaksanakan. Alim ulama tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardu...

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

Image
 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu  | Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud . Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada  sepertiga akhir dari malam.  Pesanan Dari Imam Nawawi: “Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya  kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu.  Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..” Keajaiban Solat Tahajud Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang te...

Guru Pondok Meninggal 'Senyum' Dalam Solat

Image
Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini. “Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya. Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin. Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, ...

Lemah Mengamalkan Syariat Batin

Image
Ramai orang boleh melaksanakan syariat lahir boleh bersembahyang, puasa, zakat naik haji, baca Al Quran dan lain-lain lagi Mengerjakan syariat batin sangat lemahnya Seperti susah hendak sabar, payah berkasih sayang berat memberi maaf dan meminta maaf, tidak ada belas kasihan, tidak mudah redha Apatah lagi rasa bertuhan, rasa rendah diri rasa hina, rasa hamba, rasa berdosa dan bersalah rasa bertimbang rasa dan bertolak ansur Kerana itulah akhlak mulia tidak lahir dari orang yang beribadah seperti bersembahyang, puasa, naik haji baca Al Quran, berdakwah dan berjuang Padahal dari syariat batin itu lahirlah akhlak yang mulia Akhlak yang mulia itulah pandangan Allah pandangan Rasul dan pandangan manusia Orang yang bukan Islam masuk Islam kerana akhlak yang mulia yang ada pada umat Islam bukan kerana banyak ibadahnya Orang Islam yang lemah agamanya akan sedar dan insaf kerana melihat akhlak mulia orang Islam yang bermujahadah dan bersyariat Hari ini payah orang hendak masuk Islam kerana bung...

Amy Search Kagum Tengok Anggota Kumpulan Bunkface Solat

Image
GAMBAR: Amy Search Kagum Lihat Anggota Kumpulan Bunkface Solat PENYANYI   rock terkenal tanah air, Amy Search melahirkan kekagumannya terhadap anggota kumpulan muzik, Bunkface yang tidak meninggalkan solat mereka . Menurut penyanyi itu, band berkenaan patut dipuji kerana mengutamakan ibadah walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. ” Aku ‘salute’ budak-budak Bunkface,  walaupun waktu berkerja solat tak dilupakan , muda-muda sudah tunaikan umrah – Kami berkarya kerana bakat anugerah Allah SWT – Dont Judge the book by its cover,” kata Amy dalam laman FBnya. Bunkface, sekaligus menepis persepsi negatif ramai pihak terhadap kumpulan pemuzik muda seperti mereka. Sesungguhnya solat itu WAJIB dan boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Semoga perjalanan seni Bunface akan terus cemerlang sekaligus meletakkan nama kumpulan mereka sebaris dengan nama besar band di tanah air kita, InsyaAllah.   GAMBAR: Amy Search Kagum Lihat Anggota Kumpulan ...

Orang Yang Menjaga Solatpun Masih Berbuat Mungkar,kenapa?

Image
Soalan: Allah sebut dalam Al Quran yang bermaksud, ‘Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.’ Realitinya mengapa kurang berlaku dalam masyarakat Islam seperti yang Allah swt maksudkan itu. Ini terbukti di mana mereka yang solat pun masih berbuat keji dan mungkar. Tolong perjelaskan. Abd Wahab bin Abd Samad, Kuala Kangsar Perak. Jawapan: Alhamdulillah dan terima kasih. Jaminan Allah swt itu pasti terjadi. Lebih-lebih lagi dalam firman Allah swt itu dimulakan dengan kalimah, ‘Sesungguhnya’ yakni satu kalimah penegasan bahawa solat itu dapat mencegah seseorang itu dari berbuat jahat. Sekiranya tidak berlaku malah sebaliknya masih solat tetapi jahat juga menandakan orang yang solat itu tidak memenuhi syarat-syarat solat yang sebenar. Atau juga solat yang tiada penghayatan. Sebab itu Allah swt juga ada memberi peringatan keras dengan maksud, ‘Neraka Wail bagi mereka yang solat yang lalai dalam solatnya.’ Ini bererti Allah swt turut menggambarkan adanya orang...

Aku Tak Solat Tapi Aku Berjaya...

Image
  Saya teringat akan sahabat-sahabat yang kurang berjaya dalam peperiksaan akhir baru-baru ini. Kenapa saya mengunakan istilah sahabat? Sebab pada saya semua orang yang saya kenal adalah sahabat saya, individu yang saya akan leter kalau mereka tersalah, yang saya akan risau kalau mereka tidak sihat, yang saya akan menangis kalau mereka sedang bersedih, individu yang saya sanggup untuk sama-sama berlapar dan individu yang saya akan ajar sampai faham dengan ilmu yang tohor yang saya ada. Sahabat...  Sebenarnya, ada perbezaan besar antara nama Allah “Yang Maha Pemurah” dan “Yang Maha Penyanyang”. Allah maha pemurah pada semua makhluknya tetapi hanya yang terpilih sahaja yang Allah sayang iaitu pada orang-orang yang beriman. Sebab itu kita lihat kenapa agaknya orang yang tidak solat, yang sering melakukan maksiat, masih tetap berjaya. Kerana Allah itu “Yang Maha Adil” dan ingatlah bahawa “kamu akan dapat apa yang kamu usahakan” dan janji Allah itu pasti.  Mu...

Orang Ini Memeluk Islam, Menukar Jantina Dan Tak Pernah Meninggalkan Solat

Image
Hidayah boleh datang dari mana saja tanpa diduga . Seorang bekas tentera British dari kesatuan Territorial Army, Lucy Vallender (28 tahun) mendapat hidayah ketika ia menonton acara TV mengenai Islam. Kemudian Lucy, yang pada asalnya adalah seorang lelaki yang bernama Laurens telah menukar jantinanya menjadi perempuan dan memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, dia memakai tudung dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu. Tidak berapa lama kemudian dia bertemu dengan Murad, seorang lelaki Muslim yang dikenalinya di internet. Kemudian mereka berkahwin dan Lucy menjadi isteri kedua Murad yang telah memiliki 2 anak. sumber NOTE : Sebelum kita menilai sendiri pekara seperti ini,haruslah kita rujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang hukum-hukum yang berkaitan.. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:   "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 ...

Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh

Image
Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh | Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut: 1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya. 2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari. 3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali. 4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh. 5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komu...

Mari Berehat Dengan Solat

Image
Saudara dan sahabat-sahabatku…  Semakin ramai yang mengajukan persoalan dan permasalahan sama ada di blog ini ataupun melalui FB saya. Saya simpati dan empati. Namun, disebabkan pelbagai hambatan, saya tidak mampu menjawab semuanya. Apatah lagi, apabila saya amat-amati, dalam soalan itu sendiri pun telah ada jawapan. Ya, yang sukar adalah untuk mujahadah. Untuk sabar serta bijaksana untuk menghadapi dan menyelesaikannya sahaja. Kebanyakannya hanya perlu ‘didengar’ untuk sekadar berkongsi rasa. Bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk dileraikan. Jangan terus terbuku dan terpendam di dalam jiwa. Hakikatnya, kita sama sahaja. Saya pun begitu juga… sangat memerlukan ‘pihak lain’ untuk menjadi pendengar, tempat kita meluahkan segala dan semua. Dengan berkongsi, kita berbagi derita.  Kebanyakan jawapan pada permasalahan sudah ada saya tuliskan dalam buku-buku saya. Sama ada Di Mana DIA di hati ku, Tentang Cinta, Cinta Kerana Allah, Mukmin Profesional, Dua Hati Satu Rasa...