Posts

Showing posts with the label jin

Apakah Makhluk Yang Diwujudkan Allah Sebelum Jin Dan Manusia?

Image
Apabila Puteri membaca kisah di bawah ini, Puteri sangat seakan-akan tidak percaya. Kerana belum pernah lagi membaca atau mengetahui tentang kewujudan Makhluk Allah ini. Mari kita sama-sama membaca dialog dari seorang Ustaz dengan  Makhluk Allah Yang Wujud Sebelum Wujudnya Jin Dan Manusia ini. Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia. Dikhabarkan mereka ini wujud sekitar 4 juta tahun dahulu. Wallahua’lam. Persoalannya, siapakah mereka yang sebenarnya? Ikuti dialog diantara Ustaz dengan Al-Hin ini: Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka. Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya. Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada me...

Qarin Adalah Jin Kafir??

Image
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, ba...

Ketahui Nama-Nama Yang Disukai Jin - Penjelasan Ustaz Sharhan Dan Ustaz Azhar Idrus

Image
Petikan ceramah Ustaz Sharhan ShafieAntara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin adalah seperti berikut:- 1. Balqis 2. Kistina/Qistina - Nama penghulu Jin 3. Najwa - Makna dalam bahasa Arab - Bisikan 4. Zakuan - 5. Batrisha 6. Erisha 7. Mazda Ustaz Sharhan juga ada memberi tahu bahawa ibu bapa tidak perlu menukar nama-nama yang telah diberikan di Jabatan Pendaftaran cukup sekadar menukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa. Ustaz Sharhan juga menjelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam. Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Mari dengar penjelasan Us...

Jin Islam Bongkar Rahsia Segitiga Bermuda

Image
Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan . Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan: Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15) Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)” (Surah al-Dzariyat : ayat 56) W...