Posts

Showing posts with the label haram

Negara Ini Haramkan Islam Dengan Meruntuhkan Masjid-Masjid!

Image
Kalau sebelum ini tao ada bagi tau kisahnya masjid di filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan. Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya. Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu. ” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya. DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya. “Tindakan mereka tidak masuk akal dan sanga...

Babi, Riba Dan Orang Kita

Image
Satu masa yang lalu, sangat kecoh di dunia siber apabila tersebarnya gambar penemuan daging babi di pasaraya NSK, Selayang. Tanpa diketahui siapa pengirimnya, gambar yang dikatakan sebagai “daging babi” ini terus tersebar secara viral di facebook dan media sosial yang lain. Pihak pengurusan pasaraya tersebut bersama beberapa chef terpaksa membuat penafian selepas isu hangat ini mula tersebar. “Ia bukanlah daging babi seperti yang disebarkan di internet, ia sebenarnya merupakan daging kambing..” antara penjelasan pihak pengurusan NSK. Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum. Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi. Ini men...