Posts

Showing posts from June, 2014

Kisah Lalat Dan Penyakit; Rasulullah Dan Sainitis

Image
Kisah Lalat Dan Penyakit; Rasulullah Dan Saintis |  Kisah yang menarik untuk dibaca berkaitan dengan lalat dan penyakit. Seperti yang diketahui lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan  penyakit , disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis  serangga  makhluk perosak yang paling mudah dijumpai. Hadis : Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: ” “Apabila lalat jatuh ke dalam  minuman  salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.” Riwayat al-Bukhari Huraian : Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau

Bekas Timbalan Menteri UMNO Jadi Penghuni Rumah Orang Tua

Image
Siapa kata Menteri/Timbalan Menteri serta mantan-mantan hidup mewah seumur hidup mereka? Ada yang tidak bernasib baik kehidupan mereka berakhir menghuni di rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua. Rasa terkejut apabila hal ini berlaku ke atas bekas anggota kabinet Malaysia, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman. Beliau yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua. Lebih menyayat hati pusat jagaan milik bukan orang Melayu/Islam. Betullah pendapat yang mengatakan bahawa seorang Ibu boleh melahirkan dan membesarkan 9 orang anak dengan sempurna, sebaliknya 9 orang anak belum tentu memelihara seorang Ibu. CTS hanya dapat bersimpati dengan nasib Datin Paduka. Kepada orang-orang UMNO, lapangkanlah masa anda untuk melawat tokoh parti ini. Tanpa beliau dan rakan-rakan seangkatannya, belum tentu parti sekukuh yang ada sekarang.  

Bintang Muslim Dalam Piala Dunia Brazil

Image
PIALA  Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula pagi tadi. Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya, itulah keunikan sukan ini. Di sebalik kemeriahannya, terdapat beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili. Yang berikut beberapa pemain muslim bertaraf bintang yang turut serta dalam Piala Dunia kali ini. 1. Edin Džeko Džeko dilahirkan pada Mac 1986 di Sarajevo, Bosnia. Sekarang bermain untuk Manchester City. Penglibatannya dalam bola sepak bermula sebagai  pemain tengah dalam pasukan remaja Željezničar. Dia dianggap pemain paling berbakat di kelabnya dan pada November 2009, Džeko menjadi pemain Bosnia pertama dilantik s

Pohon Kurma Di Bandaraya Kota Bharu

Image
Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah. Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam. Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain. Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini. Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini. “Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat. Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah. “Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak. “Akhir Ramadan ini b

Kejadian Aneh Di Langit Israel

Image
SATU fenomena aneh telah berlaku di langit Israel, kejadian luar biasa dan jarang-jarang terjadi ini berlaku pada hari sabtu di selatan Israel berhampiran bandar Netivot.  Di langit tiba-tiba kelihatan gelap dengan kepulan awan hitam yang bergerak kesana kemari, seolah-olah bergerak mengikut irama. Kejadian ini telah menyebabkan berbondong-bondong orang ramai memerhatikan apa yang sebenarnya telah berlaku dilangit bandar Netivot, selatan Israel ini.  Inilah fenomena aneh dan ganjil yang dipanggil 'Murmuration'. Gerakan seperti kepulan awan hitam di langit ini sebenarnya adalah kumpulan jutaan 'Burung Starlings'.  Sebenarnya sudah lebih 20 tahun kelibat 'Burung Starlings' tidak pernah kelihatan lagi di langit Israel, buat pertama kalinya burung ini dilaporkan berlegar-legar di atas 'Laut Galilee'. (Laut Galile dipercayai tempat keluarnya Dajjal laknatullah, kejadian ini akan berlaku bila mana air laut ini menjadi kering), menurut pakar-pakar