Posts

Showing posts with the label pemuda

Pemuda Dipukul Sampai Mati Mencuri Duit Tabung Masjid

Image
Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah. Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul. Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa. Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada. Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp. Susulan kematian Shahreza,  empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 ...

Pemuda Yang Menyatakan Hasrat Ingin Mati Syahid(Video)

Image
Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan. Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham..... Seda...

Pemuda Yang Beribubapakan Babi

Image
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan ...