Posts

Showing posts with the label Najib

Najib Naikkan BR1M Lagi

Image
AHMAD HUSNI (dua kiri) meluangkan masa melihat kanak-kanak menggunakan kemudahan gajet di perpustakaan pada Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, Tambun, Ipoh semalam. IPOH – Kerajaan akan terus menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kenaikan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada tahun depan.   Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut pada pembentangan Bajet 2016 tidak lama lagi. “Kerajaan mempunyai kemampuan dari aspek kewangan untuk terus menyalurkan BR1M pada tahun hadapan walaupun negara berdepan kemerosotan ekonomi.   “Kenaikan jumlah BR1M bukanlah satu tindakan drastik oleh kerajaan. Walaupun pendapatan negara tidak begitu tinggi namun, ia mencukupi untuk pihak kerajaan mengeluarkan dana untuk pembangunan dan perbelanjaan negara,” katanya. Beliau...

Kenyataan Najib Ini Buat Ramai Orang Sakit Hati

Image
Najib ini makin lama makin meluat gua tengok..bagi ucapan pun guna otak udang..tak selidik ayat sebelum berucap..kata-kata yang memang berasal dari hati nurani penuh dengan udang di sebalik batu. Korang ada tengok tak ucapan Najib ketika Hari Malaysia kat Padang Merdeka Kota Kinabalu hari tu? Puii..meluat gua tengok..dah lah ayat penuh muslihat..dah tu, merendah-rendahkan orang Sabah pulak. Ada kah patut, dia cakap guru-guru kat Sabah ini kurang berpendidikan? Hello, guru-guru kat Sabah ni pun ramai yang graduate kat Universiti, kat IPG, dan yang lulusan luar negara jugak..sama macam kat Semenanjung..bodoh punya statement Najib.. Ada dua janji utama Najib yang melekat kat telinga gua..pertama, 90% guru mesti terdiri dari orang Sabah, kedua, satu lebuhraya dari Kuching ke Kota Kinabalu bakal dibina dan kontraktor mesti terdiri dari orang Sabah Sarawak.. Kita tengok macam mana statistik janji ini dalam tempoh setahun dua...kalau janji dicapati..maka TUKAR dan UBAH!! l...

Gempar!! Sultan Titahkan Najib Letak Jawatan Perdana Menteri

Image
Sultan Titahkan Najib Letak Jawatan Perdana Menteri Habis la kali ni kalau dah Sultan keluarkan titah supaya Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan. Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? Lihat di bawah: Ingat tak lagi dengan puak-puak yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, entah dari mana keturunan Sangkakala pun tak tau yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo dan cuba memecah masuk ke Istana Negara pada tahun lepas? Sultan gila ni la yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Macam-macam gila ada di Malaysia sekarang ni, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri dan ada yang gila nak jadi sultan ada yang nak jadi agong dan sekarang ni gila nak tunjuk kuasa pulak. Sumber   - See more at: http://kalamdunia.blogspot.com/2014/05/gempar-sultan-titahkan-najib-le...

Surat Terbuka Seorang “Remaja” Untuk PM Malaysia.

Image
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri. Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini. Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah ...