Pengasas Sendayu Tinggi Dedahkan Kenapa Dia Tanggalkan Purdah
Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!! Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai.. Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka.. Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah.. Masalah saya semasa berpurdah, Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan. Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali. Alasannya “ Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah ...