Posts

Showing posts with the label sesat

Seleweng Dana Anak Yatim RM4 Juta, Hatijah Aam Dilepaskan?

Image
Hatijah Aam, balu pengasas Al-Arqam bersama 300 pengikutnya melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan (istitabah) taubat. Ia dilakukan di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Abdul Shukur Hussein, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin. “Wallahi, wabillahi, watallahi…bahawasanya kami bertaubat dengan taubat sebenar dan menyesal dengan perbuatan kami…taubat kami hanyalah kerana tuntutan taubat itu sendiri, bukan satu helah untuk lari daripada isu sebenar dan tindakan undang-undang yang akan kami hadapi,” antara lafaz taubat yang dibaca Hatijah. Ada pula pengisytiharan taubat ya? Ada sijil lagi! Soalnya juga bolehkah sesutau fahaman yang diyakini oleh seseorang itu dilupuskan dengan hanya melafaz pengistyharan? Hatijah Aam juga dikatakan telah mengaku penyelewengan wang anak yatim berjumlah RM4 juta menerusi sebuah syarikat Global Ikhwan Holding Sdn Bhd (GISB) yang ditubuhkannya. “S...

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Image
            MENUBUHKAN sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara ‘modus operandi’ ajaran sesat “Tuhan Harun” dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya. Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu ‘Intake baru’ diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat ‘Doktorat’, dan tahap paling tinggi dinamakan ‘Doctor World of God’ yang dikatakan setaraf PhD. Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing ber...

MEMBONGKAR KESESATAN SYIAH

Image
Siapakah Syiah dan bagaimana ia wujud dan berkembang ??? Syiah ialah golongan yang mendakwa Ali bin Abi Tolib lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Ajaran syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ajaran syiah telah diwujudkan oleh seorang yahudi yang berpura-pura memeluk Islam bernama Abdullah bin Saba` . Abdullah bin Saba` adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura memeluk Islam di zaman khalifah Uthman bin Affan r.a. Dia telah mereka ajaran syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam. Abdullah bin Saba` pernah mengungkapkan ucapan ditujukan kepada Saidina Ali r.a. : " ENGKAULAH ALLAH " Maka Saidina Ali r.a. telah mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba` tetapi ditegah oleh Ibnu Abbas r.a. lalu ia dibuang daerah ke Madain (ibu negara Iran lama). Abdullah b...

Wanita Syiah Pulang Selepas Jihad Lakukan S3ks Dan Hamil

Image
Bila aku siarkan sebuah laporan yang dipetik dari portal berita luar negara 'Russia Today' yang memetik sebuah laporan dari Iran tentang tawaran untuk menyertai 'Jihad Sex' di Syria suatu masa dulu, e-mail aku dihujani dengan serangan dari penyokong-penyokong Syiah dinegara ini.. Ramai dari mereka memarahi aku kerana laporan itu, malah ada yang mendakwa aku akan keneraka kerana menyebarkan apa yang didakwa oleh mereka itu sebagai fitnah. Malah mereka turut mempertikaikan kredibiliti 'Russia Today' yang menurut mereka dikuasai oleh kaum kuffar maka sudah tentulah mereka akan memburukkan 'Syiah' dan dalam masa yang sama memburukkan Islam.. Bagi aku.. 'Russia Today' itu adalah antara beberapa portal berita yang sering melaporkan apa yang tidak dilaporkan oleh BBC, CNN ataupun Reuters dan aku percaya sebab kebanyakkannya disertai dengan video.. Berikut pula adalah satu lagi laporan tentang 'Jihad Sex' yang dilaporkan oleh Al-Arabiya... Ant...

Kalau Syiah Sesat, Mengapa Boleh Masuk Tanah Suci?

Image
Bertahun-tahun silam pernah diadakan diskusi antara seorang Ustaz dari PP Persis Bandung dengan Jalaluddin Rahmat (tokoh Syiah berasal dari Bandung). Dalam makalahnya, Ustaz Persis itu tanpa berselindung membuat kajian berjudul, “Syiah Bukan Bahagian dari Islam”. Ketika sesi dialog berlangsung, Ustaz Persis itu -dengan pertolongan Allah- mampu mematahkan argument-argument Jalaluddin Rahmat. Kejadiannya mirip, ketika dilakukan diskusi di Malang antara Jalaluddin Rahmat dengan Ustaz-ustaz Persis; ketika merespon lahirnya buku Islam Aktual, karya Jalaluddin Rahmat. Ada satu saat penting menjelang akhir diskusi di Bandung itu. Ketika itu Jalaluddin mengusulkan pertanyaan, “Kalau memang Syiah dianggap sesat dan bukan bahagian dari Islam, mengapa Kerajaan Arab Saudi masih memperbolehkan kaum Syiah menunaikan Haji ke Tanah Suci?” Nah, atas pernyataan ini, tidak ada tanggapan serius dari para Ustaz di atas. Dan ternyata, kata-kata serupa itu dipakai oleh Prof. Dr. Umar Shibah, tokoh...