Tazkirah Tanpa Tauliah - Anwar Ibrahim
JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan. MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah. Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan. MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen. Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana ...