Posts

Showing posts with the label video

Pendapat Pengamal Perubatan Islam Lokasi MH370 (Video)

Image
Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar salah seorang pengamal perubatan islam memohon kepada pasukan penyelamat untuk meneruskan pencarian di daratan. Beliau berkata sedemikian bukanlah bermaksud dia ingin menjadi penilik atau sebagainya. “Ada kenyataan dikeluarkan sebelum ini menyatakan pesawat berpatah balik. Saya menyeru pihak SAR lebih tumpukan usaha pencarian ke daratan pula di sekitar Laut China Selatan melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang termasuk Vietnam juga tetapi bukan lagi di laut,” ujarnya.

Video Ini Telah Mendapat Tontonan Lebih 5.2 Juta Di Youtube Dalam Masa 3 Hari!

Image
Susulan bantahan beramai-ramai wanita Arab Saudi terhadap undang-undang melarang mereka memandu, terbit sebuah video satira yang kini menjadi viral di internet. Video berjudul ‘No Woman, No Drive’ ini pada mulanya menjadi video YouTube paling popular di Arab Saudi dan lain-lain negara Arab, seterusnya mencetus perhatian mendadak dari Afrika Selatan sampailah ke Denmark dan Kanada. Video ini dihasilkan oleh pelawak Hisham Fageeh, 26, sebagai respon terhadap bantahan wanita di negaranya terhadap undang-undang memandu. Begitu pun Hisham bertindak bijak apabila menyembunyikan sama ada dia menyokong mahu pun tidak isu tersebut dalam video satiranya yang diubahsuai daripada lagu popular Bob Marley berjudul No Woman, No Cry ini. Setakat hari ini, video No Woman, No Drive telah mendapat jumlah tontonan lebih 5.2 juta di laman YouTube selepas dimuatnaik pada 26 Oktober lalu. – REM RAMZI