Posts

Showing posts with the label mati

Lelaki Tua Ini Meninggal Waktu Sujud Depan Ratusan Quran Di Masjidil Haram

Image
Seorang lelaki berumur, dilaporkan meninggal dunia, saat sedang sujud di Masjid Haram, Kota Mekah, Arab Saudi, Isnin (27/10/2014) kira-kira pukul 09.30 waktu Saudi Arabia. Tidak pula disebutkan identiti lelaki berbaju dan kheif khas lelaki Arab itu. Selain dari berita akaun media sosial @ 786IslamicQuote, Belum ada sumber yang berwibawa dari pihak pengelola dua Masjid Haram yang mengesahkan ketepatan berita foto ini. Laman berita berbahasa Inggeris, Arab News, yang biasa memuatkan berita di Mekah, Madinah, dan Jeddah, juga belum menyiarkan berita ini. Dari keterangan foto dalam bahasa Arab, ditulis, "Meninggal hari Ahad, 2 Muharram 1436 Hijriah di Masjidil Haram. Namun di akaun microsite Islamic Inspiration @ 786IslamicQuote, edisi Isnin (27/10/2014) yang memuat turun gambar ini, menulis, lelaki berumur ini meninggal dalam keadaan sujud di waktu solat Dhuha, di Masjid Nabawi, Madinah.  Solat Dhuha adalah ibadah solat sunnat dua rakaat yang digelar setelah matahari meninggi. Dari g...

Mati Di Sujud Terkahir Solat Pertama Selepas Memeluk Islam

Image
Kisah seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya pada suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang. Pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gengster itu basah dengan peluh di badannya. Lelaki itu lalu berkata, “tunjukkan aku cara untuk ku memeluk Islam?” Lalu si imam bertanya,”siapakah kamu?” Lalu dijawabnya, “aku Carlos”. “Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang Muslim?” Lalu si imam pun mengislamkan Carlos. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut. Lalu bertanya si imam, “apakah yang membuat mu ingin memeluk Islam?” Jawab Carlos, “aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran di dalam hidup ku yang kosong”. “Suatu hari aku bermimpi cahaya datang kepada ku dan aku mendengar suara berkata, “Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah...

Kisah Benar Diceritakan Tukang Gantung

Image
Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin… Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar. Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat ...

Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati

Image
SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong. Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Baca: Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut. Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama. Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebu...

Jantung Muadzin Mengumandangkan Azan Setelah Mati Jasadnya

Image
Kisah nyata dari Arab Saudi. Dr Jasim Al Haditsy, seorang penasihat kesihatan jantung di Hospital di Riyadh menceritakan.. “Salah seorang rakanku bercerita kepadaku, suatu malam semasa dia bertugas ada seorang pesakit yang meninggal dunia Untuk memastikan kematian pesakit tersebut, dia meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut kemudian mendengar suara azan,’Allahu Akbar, Allahu Akbar, Asyhadu alla ilaha illallah’ Dia berkata,”saya rasa sudah azan subuh…..pukul berapa sekarang???” Jururawatnya berkata : “pukul satu pagi” Saya tahu bahawa masa itu belum masanya solat Subuh Kemudian saya meletakan kembali stetoskop diatas dada pesakit tersebut dan kembali mendengar azan tersebut hingga selesai Lalu keesokan harinya saya bertanya kepada keluarganya tentang kehidupan arwah. Keluarga pesakit tersebut mengatakan dia (pesakit yg meninggal) bekerja sebagai muazzin di sebuah masjid. Dia biasanya datang 15 minit sebelum waktu solat datang ia selalu mengkhatamkan Al Qur’an dalam tiga hari ...

Nelson Mandela Meninggal Dunia

Image
  Nelson Mandela Nelson Mandela Meninggal Dunia Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan  dan  ikon anti- apartheid,  Nelson Mandela telah meninggal dunia malam tadi pada usia 95 tahun,   setelah 3 bulan berada dihospital menjalani rawatan perubatan kerana jangkitan paru-paru.   Nelson Mandela Dalam Kenangan Presiden Kulit Hitam Pertama Nelson Rolihlahla Mandela  lahir di  Mvezo ,  Afrika Selatan ,  pada 18 Julai   1918.  Menjawat jawatan sebagai  Presiden Afrika Selatan  dari tahun 1994 sampai 1999. Beliau adalah orang Afrika Selatan  berkulit hitam pertama yang dipilih  memegang jawatan tersebut. Semasa  Pemerintahannya  beliau fokus untuk menghapuskan pengaruh  apartheid  melalui pembenterasan rasisme dan kemiskinan. Beliau adalah Pemenang Hadiah Nobel Keamanan tahun 1993.  Nelson Mandela Di Penjara Selama 27 Tahun Pada 19...

3 Beradik Dibunuh Kejam Di Kedah (Gambar & Video)

Image
     Bukan Kejadian Lemas Biasa!!!Tiga  beradik maut dibunuh di Jalan Langgar ,Kedah. Lebih memilukan salah seorang mangsa hanya berusia 3 tahun selain dari 2 kakaknya yang lain berusia belasan tahun.Semalam polis IPK Kedah menjumpai mayat si kakak dalam keadaan separuh bogel di kawasan semak tepi bendang. Lewat petang tadi,mayat dua lagi adik kepada mangsa yang ditemui mati dibunuh yang dilaporkan hilang sejak 29 november lalu ditemui terapung di dua kawasan berasingan. mayat pertama nur syafikah rusdi ,14 ditemui di alor senibung, pendang lewat petang semalam manakala dua adiknya nur izzati husna rusdi,12 dan puteri nurul akma rusdi, 3, ditemui di alor semela kg padang petani, alor setar kedah jam 4 petang tadi. menurut ketua polis kedah, datuk ahmad ibrahim, pihaknya akan menyiasat kes tersebut dimana mengikut keputusan awal besah siasat mayat pertama didapati lemas kerana muka mangsa tersembam pada l...

Kucing Menderita Dua Kaki Kena Potong Akhirnya Mati

Image
  Sedih! Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Akhirnya Mati (Foto+Video)  | Mungkin ada di antara kita pernah mengenali nama Hero seekor kucing yang kehilangan kedua-dua kakinya. Kisah kehidupan Hero ini sudah lama mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga ramai yang menghulurkan  sumbangan untuk Hero . Namun satu berita yang mendukacita buat kita semua, apabila kucing Hero ini telah mati akibat  serangan penyakit Leukimia . Hero telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia amat sayang padanya biarpun ia hanya seekor haiwan. Anda boleh tonton video di atas ini. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia. Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu  Mohd Hairey Yahya  atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila  Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakiny...

Punca Sebenar Anak Tan Sri Mati Terbakar Dibongkar

Image
Anak Tokoh Korporat Bakar Diri Kerana Cinta Di TTDI  “Sebelum kejadian, mangsa berjumpa rakan dan berlaku pergaduhan. Mangsa disyaki mempunyai hubungan dengan seorang penari kelab malam. Wanita terbabit disyaki mengandung anak hasil hubungan mereka. Artikel penuh :  http://terbakor.com                                                                                                 Wanita KL Bakar Diri Sendiri Akibat Tertekan Kena Cerai          ...

SMS Terakhir Anak Tan Sri Yang Mati Terbakar

Image
‘Jumpa awak di dunia lain!’ Inilah khidmat pesanan ringkas terakhir yang dihantar oleh seorang anak ‘Tan Sri’ yang terkenal di negara, kepada teman wanitanya sebelum membakar dirinya. Mayat pemuda yang rentung 80 peratus itu, kemudiannya ditemui di balkoni kondominiumnya di Taman Tun Dr Ismail awal pagi ini. Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa pemuda yang berusia 20 tahun itu, dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri. Pemuda itu dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan telah kembali ke Malaysia untuk bercuti. Menurut Bernama, mayat pemuda itu ditemui oleh ibu mangsa pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga daripada tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan. Ibu mangsa kemudian dilaporkan cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya itu dalam keadaan rentung dan tertiarap. Bernama memetik kata-kata seorang sumber yan...

Cara Delete Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia.

Image
boleh tak kita delete atau deactive facebook orang lain?? ni lebih kurang macam hack facebook jugak la..tapi menggunakan cara yang halus... ye! boleh dengan syarat dia adalah kawan, keluarga   yang telah meninggal dunia!! (ini boleh tipu ><) bila kawan kita telah meninggal dunia, kita boleh membantu delete facebook nya untuk selamanya dengan mengikuti beberapa syarat dibawah. --> syaratnya adalah, anda mengirim permintaan ke facebook untuk delete fb kawan yang telah meninggal dan semua data-datanya untuk selamanya. --> permintaan ini boleh dilakukan oleh ibu, bapa dan kaum kerabat orang yang telah meninggal tersebut. (bolh je semua ni dilanggar) --> semua butir pribadinya hendaklah disertakan seperti sijil kelahiran dan kematiannya (trick: upload saja apa-apa gambar dengan syarat tiada di internet) --> wajib mengetahui email orang yang meninggal ataupun si mangsa. --> selepas itu, klik link dibawah dan lengkapkan borang tersebut delete\deactive faceboo...

Pelajar Perubatan Ditemui Mati

Image
Aivern Loo   KUALA PILAH – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur ibu bapanya, di Taman Pilah Perdana, di sini, kelmarin. Mayat Aivern Loo, 21, pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui ibunya, Lee Tai Giok, 56, kira-kira jam 12 tengah hari. Menurut bapa mangsa, Loo Kwee Wah, 56, Aivern pulang untuk bercuti semester sejak 3 November lalu. “Seperti biasa, saya dan isteri keluar rumah jam 7 pagi memandangkan saya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hua, manakala isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Ketika itu Alvern sedang tidur seorang diri di biliknya. “Namun, pada jam 9 pagi  semalam (kelmarin), saya dihubungi pihak pengurusan dekan UKM memaklumkan Aivern tidak hadir pa...

(KEMASKINI) GAMBAR: SYABAS…Tiga Lagi Penjenayah Berjaya Ditembak Mati Di Ibu Negara!

Image
  KUALA LUMPUR –  Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu. Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut telah memerhatikan wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit. “Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta, mengepung kereta wanita itu. “ Sejenak kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu, memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI. Beliau berkata pihak polis y...

Berpantang Ajal Sebelum Maut

Image
Budak kecil ini tidak mati walaupun telah digilis sebuah kereta yang berat. Kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Sila lihat video di bawah.  

7 Perkara Ganjil

Image
  Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” “Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli...