Posts

Showing posts with the label remaja

Video Rakaman 8 Remaja Berbasikal Maut

Image
Video Rakaman 8 Remaja Maut

Status Terakhir Blogger Remaja Kacukan Melayu Inggeris

Image
Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran.. Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini. Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh! Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak  3 Jun  lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari. Al-Fatihah buat Yasmin. Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya. Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah R...

Status Terakhir Whatsapp Remaja Curi Duit Tabung Masjid

Image
Menerusi laman sosial WhatsApp, kini satu status terakhir remaja yang maut dipukul kerana mencuri duit tabung masjid didedahkan kepada umum. Selain itu, terdapat laporan mengatakan beliau adalah anak kepada seorang bekas menteri. Siapakah dia sebenarnya bapa Shahrizal Petra yang didakwa anak kepada bekas menteri itu? Kenapa si arwah melakukan perbuatan ini? BACA: Pemuda Dipukul Sampai Mati Mencuri Duit Tabung Masjid

Hentikan Sebar Maklumat Remaja Hilang Di VillaNabilla (PDRM)

Image
JOHOR BAHRU – Remaja, Mohd Izzudin Izzat Hussin, 16 tahun, yang dilaporkan hilang selepas pergi ke Villa Nabila di Danga Bay Johor Bahru 16 November lepas untuk meninjau hantu tahu dirinya sedang dicari pihak polis sepanjang tempoh kehilangannya melalui berita televisyen. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Menurut beliau, remaja berkenaan ditemui di sebuah rumah rakannya di Flat Desa Mutiara tengah malam tadi bersama teman wanitanya. “Polis Johor berjaya.. misteri Villa Nabila ini sudah terjawab.. budak yang dilaporkan hilang yang dikatakan disorok oleh jin, makhluk halus.. berita yang begitu sensasi sekali ya.. disebar begitu luas dalam laman sosial.. Polis Johor berjaya menjawab misteri ini,” katanya. Mohd Mokhtar berkata sebaik sahaja pihak polis menerima laporan kehilangan remaja terbabit, pihak polis Johor menubuhkan satu pasukan khas mencari rem...

Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila

Image
    Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

Surat Terbuka Seorang “Remaja” Untuk PM Malaysia.

Image
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri. Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini. Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah ...

Remaja Melayu Hina Allah SWT

Image
Korang jangan terkejut. Ini orang melayu beb. Orang neh dipercayai dilahirkan sebagai islam. Dan diberitakan bahawa emak dia bertudung litup [info rakan fb. Betul ke tak betul aku taktahu]. Lihat gambar di bawah neh : Baca lah komen2 yang menyakitkan hati di bawah neh pula Alquran jadi mangsa. Mungkin dia marah orang tarbiah dia. Almaklumlah dia dipercayai murtad [masih belum sahih]. Memanglah kena tarbiah balik. Bukan paksa2 suruh percaya islam. Tapi kalau umat islam dah murtad memang wajib melalui sesi tarbiah. Dah bengang, maka Alquran dia koyakrabakkan dan sebar di twitter. Misi melepaskan kemarahan lah tue. Tah hapa2. Allah swt soal ko balik di akhirat sana nanti weh. Di dunia memang lah ko bangga2 kutuk2 Allah swt, Alquran dan Nabi saw. Lihat bawah neh pula Ko nak murtad [andaian sahaja] ka apa ka, tak boleh ka jangan menghina agama islam? Itu pasal umat islam marahkan ko neh. Lihat kat bawah lagi Mengaku bangsa melayu pula tue. Dia yang rosak, dia kat...

Remaja 17 Tahun Hina Islam Di Facebook.

Image
Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi, dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.  

Muka Ustaz Azhar Idrus Waktu Muda Remaja

Image
GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS KETIKA MUDA | Menurut sumber, gambar dibawah ni ialah rupa Ustaz Azhar Idrus ketika muda. Pergh. Macam hero Hindustan beb. Takde jambang lagi. Hensem.   Artikel Berkaitan: Jawapan Ustaz Azhar Idrus Ketahui Nama-Nama Yang Disukai Jin - Penjelasan Ustaz Sharhan Dan Ustaz Azhar Idrus Pemilik Kereta Ferrari Yang Ustaz Azhar Idrus Pinjam Maut Kemalangan [Al Fatihah] Kisah Sebenar Ustaz Azhar Idrus Yang Ramai Tak Tahu   Sumbangan untuk Anak Yatim  melalui   TOYYIBBAY.COM https://api.qrserver.com/v1/create-qr-code/?size=300x300&data=https://toyyibpay.com/Akaun-Tahfiz

Remaja 15 Tahun Curi Bas Ekspress.

Image
ORANG ramai melihat sebuah bas ekspres yang terbabas selepas dipandu seorang remaja di Pasir Puteh, Kelantan kelmarin. PASIR PUTEH – Seorang remaja berusia 15 tahun bertindak di luar dugaan apabila memandu sebuah bas ekspres yang dicurinya sejauh 45 kilometer sebelum dia diberkas selepas kenderaan itu nyaris merempuh pagar sebuah wakaf di Jalan Wakaf Tuan Farrer dekat sini kelmarin. Kejadian itu berlaku apabila remaja berkenaan dikatakan melarikan bas tersebut dari sebuah kedai mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada pukul 9 malam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 malam, bas dipandu suspek telah menghimpit dan nyaris merempuh pagar bulatan wakaf tersebut.