Posts

Showing posts with the label nabi

Nabi Muhammad Menggunakan Mikroskop?

Image
DR. KEITH L. MOORE MSc, PhD, FIAC, FSRM adalah Presiden AACA (American Association of Clinical Anatomi ) antara tahun 1989 dan 1991. Ia menjadi terkenal karena literaturnya tentang mata pelajaran Anatomi dan Embriologi dengan puluhan kedudukan dan gelar kehormatan dalam bidang sains. Dia menulis bersama profesor Arthur F. Dalley II, Clinically Oriented Anatomy, yang merupakan literatur berbahasa Inggris paling populer dan menjadi buku kedokteran pegangan di seluruh dunia. Buku ini juga digunakan oleh para ilmuwan, dokter, fisioterapi dan siswa seluruh dunia. Pada suatu waktu, ada sekelompok mahasiswa yang menunujukkan referensi al-Qur’an tentang ‘Penciptaan Manusia’ kepada Profesor Keith L Moore, lalu sang Profesor melihatnya dan berkata : “Tidak mungkin ayat ini ditulis pada tahun 7 Masehi, karena apa yang terkandung di dalam ayat tersebut adalah fakta ilmiah yang baru diketahui oleh ilmu pengetahuan modern! Ini tidak mungkin, Muhammad pasti menggunakan mikroskop!” Para Mahasiswa ters...

Pelukis Kartun Hina Nabi Rentung Dibakar Api

Image
Dalam laporan salah satu TV Arab Saudi ,akhbar arab yang di terbitkan dari arab saudi melaporkan bahwa Kurt Westergaard seorang kartunis denmark yang melukis gambar nabi muhammad tewas dalam sebuah kebakaran yang menimpa kartunis tersebut, Pemerintah Denmark berusaha sekeras mungkin untuk menutupi kejadian tersebut yang menyebabkan tewasnya kartunis Denmark tersebut. Kurt Westergaard adalah seorang kartunis Denmark yang telah lancang dan berani membuat gambar Nabi Muhammad SAW, yang membuat umat islam murka dan turun kejalan jalan untuk mengecam tindakan kartunis denmark tersebut, Kurt Westergaard lelaki yang melukis kartun nabi Muhammad SAW dengan niat menghina islam dengan kuasa Allah kartunis Denmark tersebut telah dikabarkan mati secara mengenaskan dengan tubuh terbakar tetapi media Denmark masih bungkam tentang apa penyebab yang menyebabkan terbakarnya kartunis Denmark tersebut. Kematian Kurt westergaard adalah pelajaran bagi mereka yang suka menghina nabi Muhammad SAW, ini adalah...

Bagaimana Dajjal Menewaskan Para Nabi

Image
Pemahaman penulis kepada sejarah Nabi membawa kepada beberapa konklusi. Diantaranya : 1. “Pembunuhan” para nabi tidak akan menghapuskan Islam tetapi cara yang berkesan adalah dengan “merosakkan” ajaran Islam. 2. Manusia yang paling berbahaya adalah manusia yang penakut tetapi penuh dengan cita-cita. Kerana sifat penakutnya hidupnya penuh dengan tipu muslihat. Sebab itulah Allah mengharamkan syurga kepada manusia yang “dayus”. Firaun memilih untuk membunuh Nabi MUSA, sedangkan SAMIRI memilih untuk merosakkan ajaran Nabi MUSA dengan patung lembu emasnya. Perjuangan FIRAUN berakhir degan kematian yg tragis, tetapi perjuangan SAMIRI meninggalkan kerosakkan kepada Ajaran Nabi MUSA. Kerosakkan Aqidah itu membawa kepada kesukaran untuk memulihnya untuk jangka masa yang panjang. Jika Samiri itu Dajjal, apakah kaedah yang sama digunakan untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini sekarang iaitu dengan merosakkannya. Apakah Samiri akan membiarkan begitu sahaja Politik Islam, Pendidikkan Islam, Ekon...

Maulidur Rasul - Makanan Favourite Rasulullah SAW

Image
Assalamualaikum. hi korang semoga hari ini hari yang bermakna untuk korang. Sempena maulidur Rasul ini saya nak shared sikit mengenai makanan kesukaan atau kegemaran Rasululah S.A.W MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W 1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. 2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. 3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir. 4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut 5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. 6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya. 7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak me...

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Image
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN ...

Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad Umat Nabi Hud

Image
Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tidak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco. Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pandangan anda?  -  Rujukan Kemurkaan Allah Terhadap Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS Allah s.w.t. telah merakamkan dalam a...

Bajet Dan Nasihat Nabi Syuaib.

Image
  Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham. Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang 'disilapmatakan'. Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai semua peringkat. Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut. Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Syuaib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat. Nabi Syuaib merupakan seorang nabi...

Abu Lahab Vs Abu Jahal

Image
Ramai yang menyangka Abu Lahab dengan Abu Jahal itu orang yang sama. Abu Lahab itu bapa saudara Nabi Muhammad SAW, sedangkan Abu Jahal tidak ada hubungan darah dengan nabi. Nama Abu Lahab yang sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib sedangkan nama Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abdul Hakam bin Hisyam. Tentang Abu Lahab Dia adalah tokoh kuffar Quraisy yang sangat membenci Nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam yang dibawanya. Dialah yang memalukan Nabi di depan umatnya dengan ucapan yang hina, "Celaka engkau hai Muhammad ! Apakah ini maksudmu mengundang kami kemari ? " Kata Abu Lahab dengan sangat marah saat nabi sedang berkhutbah di kaki bukit. Kerana kelancangannya itulah, pada hari itu juga Allah memalukan Abu Lahab dengan turun Surat Al - Lahab : "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar -benar binasa dia ! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan . Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (b...

Penerbit Filem Hina Nabi Tunaikan Haji

Image
  Alhamdulillah! Penerbit Filem Hina Nabi Tunaikan Haji | RIYADH – Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya. Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji. ”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. “Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian...