Posts

Showing posts with the label kematian

Umur 40, 60 & 70 Tahun

Image
✍ *Umur 40, 60 & 70 Tahun * Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja. Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya. Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti. Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru. Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman ...

13 Gambar Tragedi Letupan Bom Di Padang Besar & Danok Petang Tadi

Image
Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini. Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan. Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit. Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari. Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.

Tanda-Tanda Kematian Hampir Tiba

Image
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”. Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah...