Posts

Showing posts with the label sentuh anjing

Ustaz Kazim: Kempen Sentuh Anjing Agenda Siapa?

Image
SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara. Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya. "Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. "Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. "Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi. Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" a...

Penjelasan Ustaz Jemputan Program Sentuh Anjing

Image
Ustaz Mohd Iqbal Parjin  atau gelarannya  Ustaz Abu Zulfaqar , adalah ustaz yang dijemput oleh pihak penganjur program  'I Want to Touch a Dog' (IWTTAD) .  Dari pengakuan, luahan hati dan permohonan maaf beliau dalam isu ini, nyata seperti ada  'miss communication'  di antara pihak penganjur dengan beliau.  Di bawah ini adalah luahan hati dan permohonan maaf yang dipetik dari laman facebook beliau: PENJELASAN ISU PROGRAM SENTUH ANJING  Assalamualaikum, Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.  Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.  Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulill...