Posts

Showing posts with the label Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim: Kempen Sentuh Anjing Agenda Siapa?

Image
SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara. Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya. "Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. "Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. "Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi. Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" a...

Ustaz Kazim Kesal Tolak MT Umno

Image
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim. Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam. Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu. Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini. “Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan. Menurut beliau, sebaik sahaja berit...

Tweet Ustaz Kazim Elias Yang Memukau!

Image
PERINGATAN!!! Posting ini bukanlah untuk mengagungkan UKE, sebaliknya apa yang dikongsikan beliau dalam tweetnya. Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias baru ini memuat naik sebuah gambar yang sangat menarik di akaun Twitter beliau. Ia gambar awam yang terbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang. Menurut beliau, ia diambil pada tahun 2009 di Nilai, Negeri Sembilan. Kalau begitu, bermakna ia sudah 4 tahun… mungkin ramai yang sudah melihatnya. Kepada yang belum, di bawah ini disertakan gambar yang dimaksudkan itu. Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda. Subhanallah… Maha Suci Allah…   sumber: http://beliabangkit.blogspot.com Lawat: AKHIRNYA USTAZ KAZIM ELIAS TOLAK JADI MT UMNO