Betulkah Obama Berjumpa Anwar Ibrahim Secara RAHSIA?
1. Pada jam 11 pagi tadi Obama telah selamat berlepas di Lapangan Terbang Subang ke US. Maka saya terpanggil untuk menganalisis sesi lawatan tersebut. 2. Sebenarnya Lawatan Barack Obama ke Malaysia dari 26 hingga 28 April 2014 ini adalah lawatan kedua selepas lawatan pertama yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-36, Lyndon Baines Johnson 48 tahun yang lalu pada Ahad Oktober 30, 1966, dalam jadual lawatan “Asian Odyssey”. 3. Antara tujuan utama lawatan Barack Obama ke Malaysia antara salah satunya adalah bagi membincangkan mengenai TPPA, WMD dan Visa Waiver. 4. Kehadiran Obama ini adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi, sosio-politik dan sekuriti Malaysia dan rantau Asia secara amnya, justeru ketibaan individu nombor 1 dunia ini sudah pasti akan menarik mata ramai pihak dan secara tidak langsung, ia mampu menggugat keselamatan orang terpenting di dunia. Foto: FB Rasmi Kedutaan Amerika Syarikat Di Malaysia. 5. Untuk makluman, sebelum tibanya Presiden Obama ke Malaysia, kerja-...