Posts

Showing posts with the label MAS

Pesawat MAS MH1348 Disambar Petir

Image
ALOR SETAR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambar petir di bahagian enjin, tengah hari tadi.  Pihak MAS dalam kenyataan yang diemelkan mengesahkan kejadian itu membabitkan pesawat MH1348, namun tiada kemalangan dan kerosakan berlaku.  Seorang penumpang mendakwa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11.50 pagi tadi.  Bagaimanapun, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu.

Mengapa MH370 Boleh Hilang Tiba-Tiba? - Pakar

Image
PETALING JAYA - Walau apa pun yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines yang hilang, yang pastinya sesuatu perkara telah berlaku secara tiba-tiba kerana juruterbang mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan bantuan, kata juruterbang bersara Kapten Lim Khoy Hing. Beliau berkata  juruterbang  biasanya menggunakan komunikasi radio VHF, yang mempunyai jarak liputan terhad sehingga 402km. Untuk komunikasi jarak jauh, beliau berkata mereka menggunakan komunikasi radio HF yang mempunyai jarak liputan yang lebih luas, melebihi 1,609 km. Pilihan lain adalah menggunakan ‘Controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan. “Dalam kes ini, B777 -200 dilengkapi dengan CPDLC. Para juruterbang akan dapat berkomunikasi dan mengatasi pelbagai masalah, jadi ini memberitahu anda sesuatu mesti telah mengganggu mereka daripada membuat panggilan ini,” katanya kepada The Star Online. Kapten Lim berkata pada ketinggian 35,000 kaki...

Senarai Penuh Penumpang Pesewat MAS MH370 Yang Hilang

Image
Senarai penuh penumpang Pesawat Mas MH370 yang hilang - Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:- Fariq Ab. Hamid Zaharie Ahmad Shah Foong Wai Yueng Goh Sock Lay Gomes Patrick Francis Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan Junaidi Mohd. Kassim Andrew Nari Ng Yar Chien Tan Ser Kuin Tan Size Hiang Wan Syaid Wan Ismail Anne Catherine Daisy (MYS) Bai Xiaow (CAN) Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA) Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS) Brooskii Nikolath (RUS) Burrows Rooney (AUS) Chan Huan Peen (MYS) Chen Weihoing (MYS) Chew Kar Mooi (MYS) Chng Mei Ling (MYS) Chuang Hsiu Ling ((TWN) Chustrak Oleg (UKR) Deineka Sergii (UKR) Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS) Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS) Gu Naijun (AUS) Guan Hua Jin (MYS) Huang Tianjui (CHN) Hue Pui Heng (MYS) Jee Jing Hang (MYS) Jiang Cuiyun (CHN) Koh Tiong Meng (MYS) Kolekar Chetana Vinod (IND)...

Kini Giliran MAS Pula Sindir Air Asia

Image
Perkhidmatan penerbangan Air Asia hari ini menarik perhatian orang ramai apabila mengiklankan promosi 'Nasi Lemak Kami Lengkap! Macam ini baru betul' di akhbar Berita Harian. Melalui muka surat kedua akhbar itu, promosi itu turut menyenaraikan kandungan lengkap hidangan nasi lemak Pak Nasser iaitu kacang, ikan bilis dan rendang ayam. Tindakan mengiklankan 'Nasi Lemak Pak Nasser' oleh Air Asia dilihat berkait rapat dengan teguran chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan terhadap mutu perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) yang menghidangkan apa yang didakwanya sebagai 'nasi lemak teIanjang'. Dalam pada itu pihak MAS mengeluarkan kembali iklan yang turut berbaur sindirian keatas AIR ASIA berkenaan dengan percutian ke Maldives, yang baru-baru ini pihak Air Asia telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke tempat tersebut.