Posts

Showing posts with the label isteri

Remuk Hati Suami Tengok Isteri Sendiri Berzina!

Image
  Gambar hiasan Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat. KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu. SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hat...

10 Tips Menjadi Isteri Solehah

Image
PERNIKAHAN  merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan. Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yang diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan mesra penuh kasih sayang dan meningkatkan kefahaman antara pasangan. Dibawah ini merupakan kata-kata yang diucapkan oleh  Umamah binti Harith  kepada anak perempuannya yang bakal bernikah dengan Raja dari Yaman, Al-Harith bin Amru. ”Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti” 1)  "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk"  .  Jangan melakukan sesuatu ya...

Susulan Kisah Dari Sweden: Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali

Image
Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif. Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini. Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak.. Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat per...

Syiah Benarkan Liwat Isteri!

Image
PUTRAJAYA – Tindakan pengikut fahaman Syiah yang menghalalkan zina menerusi nikah mutaah dipercayai menjadi faktor penarik kepada segelintir umat Islam khususnya lelaki untuk terjebak dalam fahaman yang sudah difatwakan diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas’od, berkata nikah mutaah amat dimuliakan di kalangan pengikut syiah dan perkara itu memang diajar guru Syiah kepada anak murid yang ingin mendalami fahaman itu. “Malah, mereka buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar. “(Jadi) Tidak dapat dinafikan perkara itu (nikah mutaah) adalah satu faktor yang menarik orang ramai masuk Syiah tak kira dewasa atau remaja, mengikut statistik yang kita ada seramai 141 individu yang membuat perakuan sumpah pengikut syiah di negara kita, dan kebanyakannya adalah lelaki,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ce...

Pegawai Tentera Tumbuk Dan Menyepak Isteri

Image
KUANTAN , 23 Oktober - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isterinya di Taman Indera Sempurna di sini pada 28 Julai 2011 lalu. Mohamad Halim Kasbin, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak Azrina Ahmad, 37, di rumah beralamat No. 19, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna di sini pada pukul 5 petang. Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Jesseca Daimis membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000. Tertuduh membayar wang tersebut.

Suami Bohong Isteri Tak Salah Mengikut Hukum

Image
KEPADA suami-suami, jangan rasa bersalah jika bohongi isteri.  Kata seorang ustaz, bohong isteri tidak salah mengikut hukum. Tetapi bukan semua bohong dibenarkan! Tidak bolehlah jika keluar dating, balik rumah tengah malam, kata kepada isteri "Lama pulak tok guru tu baca kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi malam ni, sampai tersengguk-sengguk abang..." "Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi? Tak pernah dengar pun nama kitab tu bang?" "Awak mana tahu, ke masjid pun setahun sekali. Itu kitab untuk orang yang maqam tinggi macam abang ni, kitab tasawuf!" Itu bohong yang haram namanya.!   Walaupun Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi itu maknanya 'mempelajari ilmu-ilmu dunia' dan dari satu segi, anda seolah-olah sudah bercakap benar kepada isteri, hakikatnya anda tetap bohong. Bukan itu pembohongan yang dibenarkan dalam Islam. Anda semata-mata mahu mengaburi mata isteri dengan jubah dan kopiah yang ditukar di jalanan. Bohong seperti itu tak bol...