Posts

Showing posts with the label kaya

Kemiskinan Bukan Untuk Dibasmi

Image
Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah kemiskinan. Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini. Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya. Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua a...

Hidup Tak Perlu Kaya

Image
Kaya bukan persoalan penting dalam hidup manusia. Kebanyakan kita runsing apabila persoalan berkaitan kekayaan. Ada bermacam - macam cara diusahakan untuk menjadi kaya. Ada juga yang sudah sedia kaya tetapi masih juga mengejar dan mencari jalan untuk menambah harta. Dalam hidup manusia yang sebenarnya bukan kekayaan yang perlu melingkari kehidupan tetapi apa yang lebih penting adalah cukup . Saya tidak mengajak saudara dan saudari untuk menjadi kaya tetapi saya mengajak kalian untuk menjadi orang yang cukup. Orang yang kaya belum tentu cukup tetapi orang yang cukup pasti kaya. Dan perasaan dan kehidupan yang cukup itu terhasil apabila ada berkat dan rahmat dari Allah. Lihat saja sebagai contoh, seorang perempuan yang keinginannya sentiasa hendak membeli kasut baru atau sebagainya sedang di rumah dia sudah memiliki beberapa sepatu. Ini terjadi apabila dia tidak merasa kecukupan dalam hidup. Pasti sakit dan lelah andai keadaan berterusan seperti ini. Ada orang kaya memiliki...

Saya Tak Mahu Kaya Tapi Saya Harus Kaya...

Image
Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 2 buah buku tentang menjadi orang kaya. Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert Kiyosaki Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym Kedua-dua buku mempunyai info dan input yang menarik dan melihat kekayaan itu dari sudut yang berbeza. Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump & Robert Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang ekonomi dunia pada masa akan datang. Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang majoriti hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan pertengahan ini akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau golongan miskin. Perkara ini boleh terjadi disebabkan pelbagai masalah yang dialami dunia pada hari ini seperti, hutang negara yang meningkat, kejatuhan nilai dolar, mentaliti subs...