Posts

Showing posts with the label akaun

BR1M 14 Terus Ke Akaun Anda!

Image
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014  akan disalur terus ke akaun bank penerima.Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014  yang memanfaatkan hampir  5.9 juta isi rumah  dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari  depan Orang ramai boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online dengan melayari  http://www.hasil.gov.my  atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089  atau email di bajet2014@treasury.gov.my .Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima  BR1M  sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank. – Lapor Astro Awani