Posts

Showing posts with the label Dr. Maza

Bolehkah Orang Kafir Yang Baik Selamat Dari Neraka? Ini Jawapan Dr MAZA

Image
Pernah tak kita terfikir apa yang jadi kepada rakan bukan Islam kita yang berakhlak mulia. Atau benarkah semua orang bukan Islam akan masuk neraka. Soalan: Ada ramai bukan muslim dalam dunia ini yang mati dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam. Mereka dianggap mati kafir. Mungkin juga mereka tahu tapi tidak faham tentang Islam. Apakah mereka tetap masuk nereka? Jawapan Dr MAZA: Ini satu soalan yang penting. Ramai muslim menganggap sesiapa yang bukan muslim dalam dunia ini pasti akan masuk neraka. Ada beberapa perlara yang perlu kita ketahui dalam hal ini. 1. Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab nereka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tig...