Posts

Showing posts with the label dosa

Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati

Image
KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA Sehari dua ini kita disajikan dengan kes-kes buang bayi yang bertali arus. Ajaran sesat pula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Itu tidak termasuk keruntuhan akhlak yang tidak lagi boleh dipandang remeh. Jenayah bunuh, ragut semakin menjadi-jadi. Anak-anak sudah tidak kenal budi bahasa dan adab sopan. Si kaya terus menindas. Yang berkuasa semakin rakus  dengan pelbagai bentuk korupsi, kronisme dan nepotismenya. Di RPWP, semakin hari semakin banyak kes-kes rumahtangga dan keruntuhan akhlak anak-anak yang dirujuk bagi mendapat ulasan dan pedoman untuk mengatasinya. Semakin ramai ibubapa yang telah putus asa, tidak mampu lagi memperbaiki keadaan dan ingin menyerahkan sahaja anak mereka sendiri. Yang anak angkat apatah lagi. Padahal mereka tahu yang keutamaan kami ialah anak yatim dan asnaf fakir. Bahkan mereka lihat sendiri yang rumah ini sudah penuh dan padat..! Ada juga yang kami cuba ambil dan bantu memulihkannya. Dilema yang kami hadapi...

Gambar Gadis Kena Balasan Serta Merta Dari Allah SWT

Image
Sekadar gambar hiasan Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,  pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata .Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:  “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ”  nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:  “Siapalah kamu hai orang tua? Ada...

Cara Nak Padam Dosa

Image
Tangisilah dosa-dosa, agar air mata berguguran, gugurnya air mata boleh menggugurkan dosa-dosa, sekaligus boleh memadamkan api Neraka, takutilah Allah dengan sepenuh hati, ia akan menjadi syafaat di Akhirat nanti. Jangan berputus asa dengan banyaknya dosa. Sebanyak mana pun dosa Allah akan mengampunkan asal berserah dan berjuang keranaNya. Iringi kejahatan dengan kebaikan. Ia akan menghapuskan dosa dosa. Menyesali atas keterlanjuran. Jangan ulangi lagi apa yang telah di lakukan. Beristiqamah dengan kebaikan. Muhasabahlah selalu setelah dilakukan. Berdoalah selalu agar mendapat pimpinanNya... sumber: http://kata2hikmah.blogspot.com

Rezeki Tertahan Kerana Dosa

Image
Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

6 Dosa Yang Allah Tidak Ampunkan Sekalipun Dengan Taubat

Image
Berikut 6 dosa yang tidak diampunkan Allah kecuali dalam beberapa perkara jika si pelaku dosa melakukan perkara-perkara seperti di bawah...semoga menjadi peringatan buat kita semua 1- Makan harta anak yatim secara haram . ( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).   2- Menuduh wanita solehah berzina. ( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ). 3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalima...

Bahayanya Tidak Rasa Diri Berdosa

Image
Adakalanya seseorang itu tidak membuat dosa, boleh merosakkannya Kerana dia terasa suci dan bersih dari dosa Takutnya kepada Tuhan pun hilang, maka rasa kehambaannya hilang pula Bahaya bagi seseorang hamba yang sudah hilang rasa kehambaannya Adakalanya seseorang itu ada sedikit cacat celanya untuk menyelamatkannya Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa Jiwanya pun menderita, maka itulah yang Tuhan suka Di situ ada rahsia dia dapat kekalkan sifat hambanya Itulah yang Tuhan mahu dan suka Di sini barulah kita faham, orang yang tidak membuat dosa pun kenalah  rasa berdosa Kerana merasa berdosa itu adalah sifat hamba Rasa kehambaan mestilah dikekalkan setiap masa Begitulah rahsia Tuhan kepada kita Ada yang nampaknya positif, dia akan jadi negatif Ada yang nampaknya negatif tapi dia akan jadi positif Tapi ini bukan pula dibuat-buat Biarlah ia terjadi tanpa kehendak kita Ia adalah rencana dari Tuhan di luar kuasa kita Bukan rencana dari kita Rencana ...