Posts

Showing posts with the label hikmah

Apabila Allah Menguji

Image
Benarkan, kadangkala hidup ini terlalu menguji kita? Kita merancang untuk segala yang baik-baik dan manis-manis dan kita merencana pelbagai cita-cita yang menggambarkan kebahagiaan. Namun tanpa kita sangka, jangka dan bayangkan, segalanya musnah sekelip mata. Boleh jadi kita sedang merancang untuk sebuah perkahwinan yang manis dan membahagiakan. Telah kita berusaha sebaiknya. Segalanya kelihatan molek pada awalnya tetapi Allah itu mahu menduga, tiba-tiba kebahagiaan hilang sekelip mata. Kita merancang sebuah percutian terindah bersama keluarga, sedang kita bergembira tiba-tiba hadir berita duka. Kehilangan ahli keluarga atau insan tercinta. Subhanallah hebat ujian Allah swt. Kita belajar bersungguh-sungguh dan kita cemerlang. Kita tamat belajar dan bergraduasi dengan meriah. Ibu bapa gembira bukan kepalang dan kita mengusung bangga kerana mampu mengukir senyuman pada wajah ayah bonda. Tiba masa mencari pekerjaan, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, rezeki pekerjaan te...