Posts

Showing posts with the label ambank

Bekas Jaga Ambank Beli IC Palsu, Bukan Yang Dikelurkan JPN

Image
        KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu. “Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini. Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan ...

Suspek Bunuh Pegawai Ambank Direman Seminggu

Image
 PETALING JAYA – Suspek kes rompakan dan pembunuhan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi. Suspek atau dikenali sebagai Ardi akan direman selama seminggu bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan oleh  Majistret  Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh. Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati mandatori. Biarpun polis boleh menahannya selama 24 jam sebelum dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyan 117 Kanun Prosedur Jenayah tetapi pihak polis tidak membuang masa segera mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya bagi memulakan siasatan. Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu tiba dengan kawalan ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersenjata selepas tiba dari Kota Tinggi iaitu l...

TERKINI!! SUSPEK Pembunuh Pegawai Ambank Ditahan!!! @PDRM

Image
KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu. Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden...

Suspek Tembak Pegawai Ambank Masih Dalam Negara

Image
KUALA LUMPUR – Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’. “Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara. “Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol. Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas. “Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek. “Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang un...