Posts

Showing posts with the label keselamatan

Pengawal Keselamatan (Yang Merompak) Ditahan Di LCCT

Image
Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Yang Ditangkap Di LCCT| TAHNIAH kepada pasukan khas polis yang berjaya menyiasat dan seterusnya menahan susupek utama pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, Khamis lepas. Dia ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam. Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah. Kedua-dua lelaki yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan. Suspek utama berusia 27 tahun itu mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan. Hasil siasatan lanjut, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Pandan Jaya. Ia membawa kepada penemuan sepucuk pistol Smith and Wesson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai. Suspek utama dan rakannya berusia 28 tahun itu me...

Lagi Kes Rompak Oleh Pengawal Keselamatan, Menggunakan Mykad Palsu.

Image
PETALING JAYA : Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pagi tadi. Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek berasal dari Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu. Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan. Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan. Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya. Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan. Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli k...

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Image
mangsa Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit. Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank. Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.   Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup. Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya. gambar ic suspek