Suspek Tembak Pegawai Ambank Masih Dalam Negara
KUALA LUMPUR – Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’. “Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara. “Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol. Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas. “Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek. “Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang un...