Hatijah Aam (Ummu Jah) kini bergelar Dato’
Salam kasih sayang, “ Barang siapa yang merendah diri yakni Tawadhuk maka Allah akan meninggikan darjatnya”. Maksud Hadis YBhg. Dato’ Nimas Ayu Pembayun Hatijah binti Aam D.P.M.P , Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd merangkap Yang Di Pertua YKPPM Setelah pulang dari JAIS, Bonda (panggilan popular dikalangan GISB) berkata, “..MasyaAllah…terima kasih Tuhan. Kita dapat kawan baru, kawan yang sangat mahukan kita selamat dunia dan akhirat” kata bonda kepada kami. Sebenarnya bonda memang ada sessi muzakarah bulanan bersama JAIS. “…nanti kita harap Tuan Shahzihan dapat gelaran Dato’ kerana besar jasanya itu, membawa kita kembali kepada fatwa. Mari kita sama-sama doakan ya!…” kata bonda lagi. Tapi hakikat yang berlaku hari ini, bonda yang mendahului mendapat gelaran Dato’. Yang pasti ini bukan Dato’ beli. Menurut khabarnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim juga turut hadir menerima penganugerahan di majlis yang sama. Rentetan dari itu maka berlakulah berbagai-bagai peristiwa di lua...