Posts

Showing posts with the label Asri

Bajet Dan Nasihat Nabi Syuaib.

Image
  Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham. Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang 'disilapmatakan'. Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai semua peringkat. Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut. Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Syuaib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat. Nabi Syuaib merupakan seorang nabi...