Jawapan Ustaz Don Daniyal Isu Kritikan Wardina Di Facebook
Jawapan Ustaz Don Daniyal Isu Kritikan Wardina Safiyyah Di Facebook | Semalam, Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot , 35, telah menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka menerusi akaun facebook miliknya kerana merasakan sebahagian ceramah yang dibuat pendakwah berkenaan tidak berpandukan kitab Sunnah dan Hadis. Sebagai respon kepada teguran itu, Ustaz Don Daniyal hari ini tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh model tudung terkemuka, Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya. Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, adalah tidak adil untuk menghentam dirinya hanya dengan berpandukan sebuah video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya terdahulu tanpa meneliti isi kandungannya secara terperinci. Tambah beliau, Wardina sendiri pernah membuat kenyataan supaya pengguna-pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi mengapa beliau sendiri yang melakukannya. "Apakah niat sebenar Wa...