Posts

Showing posts with the label babi

Kisah Benar Speghetti Dicampur Babi

Image
KEPADA PEMINAT SPEGHETTI .......... Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu .....  Cerita dari seorang penggemar speghetti ....... "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc . Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......  saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sau...

Pemuda Yang Beribubapakan Babi

Image
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan ...

SUBHANALLAH! - Saintis Memeluk Islam Selepas Menemui Kebenaran Al-Quran Mengenai Bahaya Kuman Pada Babi

Image
  Pasti kita tau dimana Babi adalah Haram dimana KERANA ALLAH swt jualah yang berkuasa untuk menjadikan babi dan juga menjadikan hukumnya menjadi haram dan kemudian menjadikan babi itu mengandungi kuman-kuman yang tidak dapat dimatikan. Disini terdapat satu kisah dimana seorang saintis yang memeluk agama islam setelah menemui kebenaran bahaya kuman pada babi yang sebenarnya telah tertulis di Al-Quran. Seorang saintis wanita kafir membuat kajian tentang sejenis kuman yang terdapat pada badan babi. Beliau mencari formula terbaik untuk membunuh kuman tersebut. Pelbagai kaedah dan bahan yang telah digunakan namun tidak juga berjaya. Dengan izin Allah entah macam mana, bekas yang mengandungi kuman tersebut terjatuh ke tanah. Beliau terus memeriksa kuman tersebut agar masih dalam keadaan seperti asal. Beliau terkejut kerana kuman tersebut telahpun mati. Beliau pun mengkaji bagaimana dan apakah yang menyebabkan kuman tersebut mati. Akhirnya, ternyatalah bahaw...

Babi, Riba Dan Orang Kita

Image
Satu masa yang lalu, sangat kecoh di dunia siber apabila tersebarnya gambar penemuan daging babi di pasaraya NSK, Selayang. Tanpa diketahui siapa pengirimnya, gambar yang dikatakan sebagai “daging babi” ini terus tersebar secara viral di facebook dan media sosial yang lain. Pihak pengurusan pasaraya tersebut bersama beberapa chef terpaksa membuat penafian selepas isu hangat ini mula tersebar. “Ia bukanlah daging babi seperti yang disebarkan di internet, ia sebenarnya merupakan daging kambing..” antara penjelasan pihak pengurusan NSK. Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum. Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi. Ini men...