Posts

Showing posts from September, 2013

10 Sebab Mengapa Orang Like Status FB Anda

Image
  Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like? Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja. Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang bagaimana seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu. Mari kita baca antara sebabnya.. 1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini). 2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama. 3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan.. 4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay. 5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta. 6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So dia

Kalimah Allah Pada Matahari (Gambar)

Image
Terdapat satu video yang sempat dirakam tentang permukaan matahari yang tertulis kalimah Allah. Video ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT. Matahari merupakan antara ciptaan Allah SWT yang sangat hebat yang mana ia mampu menerangi seluruh alam dengan cahayanya. Dengan kepanasan yang sangat melampau,  tiada manusia yang boleh menjejakkan kaki di sana apatah lagi mendekati di kawasan tersebut . Apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalah hanya mengambil gambar sahaja. Namun di sebalik gambar yang diambil,  terlihat satu kalimah Allah pada matahari  tersebut. Subhanallah, jom kita lihat kebesaran Allah SWT di bawah ini. Walaubagaimanapun, video tentang matahari ini baru sahaja dipadam di Youtube dan tidak diketahui puncanya.  

Amerika Syarikat Menjadikan Quran Sebagai Rujukan

Image
  Pendedahan mengejutkan! Mahkamah tinggi Washington (Supreme Court in Washington) di US sejak dulu lagi menggunakan Qura’an sebagai salah satu rujukan dalam sistem keadilan di negara itu, salah seorang yang pernah menggunakannya ialah presiden US ke-3, Thomas Jefferson!  

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

Image
1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah. 2. Membuka bahagian tangan Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya

Kisah Sebenar Ustaz Azhar Idrus Yang Ramai Tak Tahu

Image
  Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda.. Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir.. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook/ Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kua

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

Image
  Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa? Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari As

Bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Meninggal Dunia- Alfatihah

Image
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 73 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu. Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid mengesahkan kematian Azizan kepada The Malaysian Insider pagi ini."Ye, Ustaz sudah meninggal kira-kira lima minit lalu di hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Sejak dua hari lalu, Azizan berada dalam keadaan kritikal apabila kadang-kadang jantungnya berhenti berfungsi dan terpaksa digunakan alat bantuan untuk berfungsi semula. Pada 9 Mei lalu, selepas pilihan raya umum ke -13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong untuk kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis. ~the malaysian insider

Bapa Nikah Dengan Anak Sendiri

Image
  Nikah mut’ah adalah pernikahan tanpa batas yang haram hukumnya  dengan melanggar aturan-aturan syariat yang suci, mut’ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu. Tidak jarang pernikahan ini menghimpun antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya, dan antara seorang wanita dengan bibinya, sementara dia tidak menyadarinya. Di antaranya adalah apa yang dikisahkan Sayyid Husain Al Musawi, seorang tokoh Syi’ah murid Ayatullah Ruhullah Al Khumaini yang kemudian bertaubat dan masuk ke Sunni.Ia menceritakan dalam kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh:   Kisah Pertama Seorang perempuan datang kepada saya menanyakan tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia menceritakan bahwa seorang tokoh, yaitu Sayyid Husain Shadr  pernah nikah mut’ah dengannya dua puluh tahun yang lalu, lalu dia hamil dari pernikahan tersebut. “Setelah puas, dia menceraikan saya. Setelah berlalu beberapa waktu saya dikarunia seorang anak perempuan. Dia bersumpah bahwa dia hamil d

MESTI BACA : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi

Image
  Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi | Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi. Di sini kami berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.      1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.   2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.   3. Seg

Perompak Insaf Kembalikan Duit Yang Di Curi

Image
  Hampir 12 tahun selepas melakukan rompakan disebuah kedai di Nashville, Tennasse, seorang perompak telah mengambil keputusan untuk memulangkan kembali wang yang dicurinya sebanyak $400 dan meminta maaf kepada tuan punya kedai. Perompak yang tidak dikenali ini telah meninggalkan wang yang dicurinya dan nota meminta maaf kepada InterAsian Market & Deli pada hari Jumaat lapor News Channel 5. Lelaki yang mengaku sebagai penagih dadah itu berkata, saya mesti membetulkan kesalahan kepada orang yang saya telah sakiti pada masa lalu, dan berharap mereka menerima wang yang dipulangkan dan permohonan maaf darinya. InterAsian Market telah menyiarkan gambar nota daripada perompak tersebut di Instagram dan Twitter. Ini benar-benar menjadi sumber inspirasi dan mengingatkan kita bahawa terdapat banyak orang-orang baik di dunia ini. Kepada orang yang tanpa nama, kami ingin memberitahu anda telah dimaafkan dan mengucapkan terima kasih untuk nota anda. Kami tidak mengambil berat tent

Mayat Wanita Berbau Harum Dan Tidak Reput

Image
  Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam rangka perluasan masjid. Jasad yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di area pemakaman di Desa Bejagung Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan tetangga di kampungnya.  

Berita Pelik Dari Penjara Mesir

Image
  BERITA TERBARU --> Berita pelik dari penjara Mesir, satu keajaiban: Berita Pelik Dari Penjara Mesir ..Satu Keajaiban Berlaku..Sila Baca TAJUK: IKHWANISASI PENJARA MESIR Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir. Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal. Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah. Kini pen

Pakar FB

Image
Produk 100% buatan sendiri oleh David Jo DVD Online Bahasa Melayu ( BM ) Saya akan tunjukkan anda langkah demi langkah dalam menggunakan Fb Ads untuk membina perniagaan dan pemasaran perniagaan anda. ( Melatih anda menjadi MAHIR dan MEMAHAMI Facebook sepenuhnya ) Saya David Jo. Saya mula dari tiada pengalaman dan ilmu dalam perniagaan internet langsung dan menceburi industri Perniagaan Internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Terdapat pelbagai jenis perniagaan internet yang ada di internet. Perniagaan Internet yang saya jalankan dikenali sebagai – IM Internet Marketing. Bakal menjadi kerjaya anda juga! Saya memulakan perjalanan ini sejurus saya berhenti belajar lepas SPM saya. Tanpa sebarang sijil saya masih boleh menjalankan perniagaan internet sendiri. Kalau saya boleh, takkan anda tak boleh? Pada tahun 2009, saya tidak mendapat sebarang pendapatan langsung. Masa yang sama, saya banyak tertekan dengan kritikan kawan kawan, saudara mara

7 Gangguan Iblis Saat Sakaratul Maut

Image
Berikut 7 Cara Iblis Menggangu Manusia Ketika Sakaratul Maut: 1. Iblis yang datang pada golongan pertama ini menggoda manusia yang pada saat hidupnya sangat rakus dan tamak, maka iblis itu akan menyerupai emas perak, berlian dan macam-macam perhiasan, tapi kadang-kadang pula berupa makanan dan minuman yang lazat dan bila manusia itu mati dalam keadaan setelah godaan ini, iaitu lalai, lupa kepada Allah SWT maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya. 2. Pada golongan kedua ini, Iblis akan merubah dirinya menjadi binatang yang ditakuti orang yang akan digodanya, dan apabila orang yang sakaratul maut itu memandang binatang tersebut maka iapun akan meraung dan melompat kerana takut, seketika itu juga putuslah roh dari badannya. Maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya. 3. Golongan ini iblis akan menyerupai seperti binatang yang menjadi kesukaan orang yang sedang sakaratul maut,

24 Manusia Yang Pernah Mengaku Nabi Dalam Sejarah!

Image
1. Lia Aminuddin Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung. 2. Ahmad Mukti  Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa. 3. Dedi Mulyana Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut. 4. Ahmad Musaddeq atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007. 5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian ma

10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak

Image
  1. Tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.   2. Terlebih makan Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.   3. Perokok Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.   4. Penggunaan gula yang berlebihan Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.   5. Pencemaran udara Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 6. Terlebih tidur Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.   7. Menutup muka ketik

Couple Cabar Allah SWT

Image
  Berita Gempar!! Sep 18 Wed 11:31pm Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini...) Penangan mencabar Allah !!! Sepasang couple, dinasihatkan oleh keluarga & kawan2 agar jangan suka buat maksiat... Semua nasihat hanya dibalas dengan kata2 perli oleh mereka berdua.. Nak dijadikan cerita semalam.. Terluncur kata2 dari mereka berdua, "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa. Tengok sapa lagi kuat ! " Sambil ketawa Kedua2nya bergerak... Kira2 jam 11.30 mlm Isnin (tanggal 16 sept 2013), mereka berdua menaiki motosikal memecut laju di highway tepi kampong kami. Tiba2 berdentum kuat bunyi accident. Rupa2nya kedua mereka, pasangan couple itu didapati terpelosok ke bawah lori 16 tayar. Menurut saksi, mereka cuba memotong lori tapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula, tak dapat dielak lagi.. Apa yang terjadi kepada mereka.? Kedua2nya digelek hancur oleh l