Posts

Showing posts with the label pesawat

Pesawat MAS MH1348 Disambar Petir

Image
ALOR SETAR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambar petir di bahagian enjin, tengah hari tadi.  Pihak MAS dalam kenyataan yang diemelkan mengesahkan kejadian itu membabitkan pesawat MH1348, namun tiada kemalangan dan kerosakan berlaku.  Seorang penumpang mendakwa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11.50 pagi tadi.  Bagaimanapun, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu.

Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370

Image
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah tidak boleh dipercayai sumber!!! Siapa kata? Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines). Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines Datuk  Kapten Nik Ahmad Huzlan  Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik du...

12 Gambar Krew Pesawat MH370

Image
Setakat ini senarai nama krew cabin yang terlibat dengan pesawat MH370 sudah pun diketahui oleh orang ramai di luar sana. Antara 12 anak kapal itu terdiri daripada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi. Kapten Zaharie dibantu Pegawai Pertama, Fariq Abdul Hamid, 27, yang mula menyertai MAS sejak tujuh tahun lalu. Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang. Pelakon terkenal, Fouziah Gous turut berkongsi gambar krew penerbangan yang terlibat dan ada di antaranya merupakan kenalan Fouziah ketika aktres itu bergelar pramugari MAS suatu ketika dahulu.

Dua Penumpang MH370 Dengan Passport Palsu Sudah Dikenalpasti

Image
Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport palsu sudah dikenalpasti   KUALA LUMPUR: Identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti dan dihantar kepada agensi risikan Malaysia dan antarabangsa tetapi tumpuan utama masih diberi kepada pencarian pesawat malang itu. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut. Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum. “Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan. “Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami adalah untuk mencari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA. Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 buk...

Senarai Penuh Penumpang Pesewat MAS MH370 Yang Hilang

Image
Senarai penuh penumpang Pesawat Mas MH370 yang hilang - Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:- Fariq Ab. Hamid Zaharie Ahmad Shah Foong Wai Yueng Goh Sock Lay Gomes Patrick Francis Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan Junaidi Mohd. Kassim Andrew Nari Ng Yar Chien Tan Ser Kuin Tan Size Hiang Wan Syaid Wan Ismail Anne Catherine Daisy (MYS) Bai Xiaow (CAN) Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA) Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS) Brooskii Nikolath (RUS) Burrows Rooney (AUS) Chan Huan Peen (MYS) Chen Weihoing (MYS) Chew Kar Mooi (MYS) Chng Mei Ling (MYS) Chuang Hsiu Ling ((TWN) Chustrak Oleg (UKR) Deineka Sergii (UKR) Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS) Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS) Gu Naijun (AUS) Guan Hua Jin (MYS) Huang Tianjui (CHN) Hue Pui Heng (MYS) Jee Jing Hang (MYS) Jiang Cuiyun (CHN) Koh Tiong Meng (MYS) Kolekar Chetana Vinod (IND)...