Posts

Showing posts from October, 2014

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Image
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu  | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia.

Cahaya Aneh Apakah Yang Keluar Dari Maqam Maqam Di Madinah

Image
Lihatlah Cahaya tersebut di saat kota Madinah Telah Gelap tetapi kubur tersebut masih bercahaya .. Suasana sedemikian sememangnya aneh... Isu Cahaya di Kuburan Baqi’, Ini Penjelasan Juru Bicara Pemerintah Al-u Bukan saja kubur-kubur yang ada sekitar  Madinah,malah diperkuburan Baqi' juga wujud kubur-kubur yang bercahaya pada waktu malam Foto yang disebarkan media jejaring sosial tentang cahaya dari salah satu kuburan di Baqi’ Jika keanehan terjadi pada kuburan, biasa akan menjadi isu yang cepat menyebar dan sering membahayakan akidah umat Islam secara umum.  Baru-baru ini, tersebar khabar dan foto yang menyebutkan adanya cahaya keluar dari salah satu kuburan di Makam Baqi’ di Al-Madinah Al-Munawwarah. Dalam penyebaran isu itu, ada yang mengatakannya sebagai cahaya, karena kuburan itu milik orang sholeh.  Ada juga yang mengatakannya sebagai api, karena kuburan dimiliki oleh orang yang tidak soleh. Namun juru bicara pemerintah Al-Madinah Al-Munawwarah, Khalid Sebeh, seperti dilansir

Kisah Peninju Wanita Dari Jepun Menerima Hidayah Dan Masuk Islam

Image
Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita dari Jepun. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan di sekolah, bermain dengan rakan-rakan. Ia adalah sesuatu yang tipikal anak di Jepun yang sangat dimanjakan secara material. “Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga,”  ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu semangatnya.  “Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu,”  hatinya bertanya-tanya. Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari, bekerja untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa Inggeris. Perasa

Menarik! Lelaki Dilarang Memakai Emas Sebab Apa?

Image
Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad) Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram. Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya. Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias. Wanita memak

Wanita Memeluk Islam Kerana Seorang Budak 7 Tahun

Image
Seorang budak kecil diamanahkan untuk mengedar risalah dakwah kepada orang ramai. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ini telah berjaya membuatkan seorang wanita memeluk Islam dengan hanya sekeping risalah sahaja. Kisah ini amat menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya. Kisah menarik ini bermula di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua. Insha Allah. Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membet

Kempen Sentuh Anjing Menurut Tuan Guru Nik Aziz

Image
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak. "Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir. "Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi. Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing. Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti. Perkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucia

Ustaz Kazim: Kempen Sentuh Anjing Agenda Siapa?

Image
SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara. Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya. "Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. "Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. "Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi. Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" a