Posts

Showing posts with the label Br1m

Apa Nak Buat Kalau Voucher Br1m Hilang?

Image
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, terdapat dua sebab mengapa mereka menipu iaitu berbaris dua kali dan mengaku baucar mereka telah hilang. Kementerian juga sedar akan apa yang berlaku dan meminta mereka untuk bayar semula. “Ada dua sebab kenapa ini berlaku pertama mereka ingin menipu. Ada yang berbaris dua kali dengan tujuan untuk mendapat baucar sekali lagi. “Kedua, mereka mengaku baucar hilang dan pergi ke pejabat daerah untuk minta gantian. Ini adalah tidak beretika dan tidak bagus. “Kami tulis surat dan dah dapat bayaran balik. Daripada 6,576 orang kami dapat balik dari 1,806 orang. “Ada yang merayu untuk bayar balik secara ansuran, yang tidak bayar balik nama mereka akan disenarai hitamkan dari menerima BR1M yang seterusnya,” katanya. Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pula membangkitkan isu langkah-langkah kementerian untuk mengelak penerima daripada menipu. “Kami akan salur ke akaun penerima dengan menggalakan pemohon memberi nombor akaun bank semasa mengemaskini untuk...

Najib Naikkan BR1M Lagi

Image
AHMAD HUSNI (dua kiri) meluangkan masa melihat kanak-kanak menggunakan kemudahan gajet di perpustakaan pada Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, Tambun, Ipoh semalam. IPOH – Kerajaan akan terus menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kenaikan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada tahun depan.   Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut pada pembentangan Bajet 2016 tidak lama lagi. “Kerajaan mempunyai kemampuan dari aspek kewangan untuk terus menyalurkan BR1M pada tahun hadapan walaupun negara berdepan kemerosotan ekonomi.   “Kenaikan jumlah BR1M bukanlah satu tindakan drastik oleh kerajaan. Walaupun pendapatan negara tidak begitu tinggi namun, ia mencukupi untuk pihak kerajaan mengeluarkan dana untuk pembangunan dan perbelanjaan negara,” katanya. Beliau...

Ustaz Azhar Idrus : Pemberian BR1M Tidak Ssetimpal

Image
KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus. Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini. “Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata,” katanya. “Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti  cukai jalan , cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan  Medan Ilmu  di sini semalam. Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pe...

BR1M 14 Terus Ke Akaun Anda!

Image
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014  akan disalur terus ke akaun bank penerima.Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014  yang memanfaatkan hampir  5.9 juta isi rumah  dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari  depan Orang ramai boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online dengan melayari  http://www.hasil.gov.my  atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089  atau email di bajet2014@treasury.gov.my .Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima  BR1M  sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank. – Lapor Astro Awani