Piala Malaysia: Pahang juara kalahkan Kelantan 1-0
PAHANG dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia selepas menamatkan penantian selama 21 tahun sejak tahun 1992 dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam ini. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Matias Ruben Conti dari Argentina hasil hantaran silang yang cantik dari Azamuddin Mohd Akil atau lebih dikenali sebagai Alex pada minit ke-58 perlawanan. Perlawanan akhir yang disaksikan pada malam ini kira-kira 80,000 penonton bermula dengan asakan demi asakan dari pemain Pahang ke atas gawang The Red Warriors sejak awal permainan. Penguasaan permainan juga banyak memihak kepada pasukan Tok Gajah apabila datang menyerang dari kiri dan kanan pintu gol pasukan Kelantan sekaligus melenyapkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim lalu. Kemenangan Pahang juga banyak disumbangkan oleh ketangkasan penjaga gol muda Pahang Khairul Azhan Khalid yang banyak menyelamatkan percubaan Kelantan yang semakin rancak pa...