Posts

Showing posts with the label berkhatan

Amerika Iktiraf Kebaikan Berkhatan

Image
NEW YORK 5 Dis. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mengiktiraf kebaikan berkhatan berbanding risiko, yang bakal dialami lelaki yang melaksanakan prosedur membuang kulit zakar. Pusat bagi Pencegahan dan Kawasan Penyakit (CDC) yang mengeluarkan draf garis panduan selepas membuat kajian selama tujuh tahun di Afrika berkaitan berkhatan, sekali gus bakal mengetepikan tanggapan sesetengah lelaki Amerika yang mendakwa amalan tersebut boleh menjejaskan kepuasan seks mereka. Sumber Mail Online memetik CDC sebagai berkata, berkhatan boleh mengurangkan risiko lelaki mendapat penyakit bawaan seksual, barah zakar, jangkitan pada saluran kencing serta menghalang penyebaran virus AIDS. “Manfaat berkhatan bagi lelaki menjadi semakin jelas sejak lebih 10 tahun lalu,’’ kata Dr. Aaron Tobian, seorang penyelidik dari Universiti John Hopkins yang terlibat dalam kajian di Afrika itu. Tobian berkata, garis panduan itu disifatkan penting selepas kadar kelahiran bayi lelaki yang berkhata...