Posts

Showing posts with the label doa

Doa Mustajab Agar Doa Termakbul

Image
Bangun di tengah malam, ambil wudhu, kemudian lakukan sholat sunnah 2 roka’at di dalam sholat sehabis membaca Al Fatehah boleh membaca  surat /ayat yang dihapal atau bisa juga membaca ayat ini : “Amman yujiibu mudhthorro idzaa da’aahu wa yaksyifusy syuuk, wa yaj’alakum khulafaa-alardhi a ilaahum ma’allooh, qoliilan maa tadzakkaruun”. dan atau ayat berikut : “wa dzan nuuni idzdzahaba mughodhiban fadhonna an lan naqdiro’alaihi fa naa daa fidh dhulumaati an laa ilaahaillaa Anta subahaanaKa innii kuntu minadh dhoolimiin fastajabnaa lahuu wa najjainaahu minalghommi wa kadzalika nunjil mukminiin”,Sehabis sholat tadi: wirid Yaa Huw ALLOH 1511 x (didalam hati/pikiran berdoa apa hajatnya/niatnya/doanya dan atau berdoa lagi dengan bahasa masing-masing setelah wiridnya mencapai 1500 x ) Kemudian baca pujian : “la ilaaha illaloh walloohu akbar subhaanalohi wa bihamdihi astaghfirulloh, la haula wa laquwwata illa billaah, Huwal Awwalu wal aakhiru wadh dhoohiru wal baathinu bi yadihil khoiryuhyii...

Subhanallah! Wanita Buta Boleh Melihat Kembali Selepas Berdoa Di Masjid Nabawi

Image
Subhanallah! Itu yang mampu diungkapkan apabila Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya. Seorang wanita yang sudah berada dalam lingkungan usia 60 tahun merupakan  seorang yang buta . Namun dirinya percaya bahawa setiap doa kepada Allah SWT akan dikabulkan. Ketika diMasjid Nabawi, wanita tua yang berasal dari Sudan ini telah berdoa secara bersungguh-sungguh  supaya matanya dapat melihat kembali. Tidak semena-mena selepas berdoa, matanya dengan  izin Allah SWT dapat melihat . Allahu Akhbar! SUBHANALLAH, pelbagai kekuasaan Allah dapat kita lihat berlaku di mana-mana jua di dunia ini. Banyak juga kisah istimewa berlaku di Makkah dan Madinah kerana ketika ini masih berlangsung musim haji dengan kini pada jemaah sedang giat melakukan ibadah melontar. Di Masjid Nabawi di Madinah, seorang jemaah haji  wanita dari Sudan pulih penglihatannya selepas buta selama tujuh tahun . Beliau dipulihkan Allah sebaik selesai berdoa di dalam masjid berkenaan, demikian...

Adil Bukan Bererti Seimbang

Image
Erti adil bukan ertinya seimbang Tidak juga bererti ukuran sama panjang Definisi ini adalah tanggapan biasa yang lumrah kita terima Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam Erti adil meletakkan sesuatu itu sesuai dengan tempatnya atau kedudukannya Iaitu utama mesti diutamakan Yang tidak utama mesti dikemudiankan Yang penting didahulukan, yang tidak penting dibelakangkan Yang wajib diutamakan, yang sunat atau yang harus ditinggalkan jika berlaku di dalam satu keadaan Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan Mari kita menghurai agar kita faham Adil yang paling besar atau super adil Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan Kita sembah, kita besarkan, kita puja sepanjang masa Kita cinta dan kita takut dan ingat serta sebut di mana-mana Jangan jadikan selain Allah Tuhan, atau kita utamakan dan besarkan lebih darinya Adil martabat tinggi syariat Tuhan diutamakan atau didahulukan Atau hak Tuhan kita dahulukan Peraturan manusia ditinggalkan Hak Tuhan kita utamak...

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU!

Image
    Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati… Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan aya...

Doa Ustaz Rosmadi Ramli

Image
Kuliah mingguan bertajuk Doa disampaikan oleh Ustaz Rosmadi Ramli merangkap Pengerusi dan Pengasas Surau Mustaqimah.Kuliah Maghrib ini dibuat di surau Al-Ehsaniah Ahmadiah SS 5A/10 Kelana Jaya.