Posts

Showing posts with the label korban

Korban Punca Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tersentuh hati bila membaca berulang ulang ulang kali entri “Apa lagi alasan untuk tidak berQurban” kisah keluarga miskin bersusah payah mengumpul duit untuk menyempurnakan qurban. Daripada entri ini keluar pulak beberapa kisah dari komen rakan-rakan yang penuh dengan pengajaran. Kisah pertama dikongsika Blogger Ustazah Ain (kalau nak tempah buat kek bolehlah .. sebab keknya sedap) kisah pengorbanan ibu mertua kepada menantu dan cucu yang patut kita contohi. Subhanallah..malunya pada diri sendiri dgn kisah di atas. Tahun ini ibu mertua membeli seekor lembu dan dia meniatkan korban tersebut untuk saya dan anak2 walhal ibu mertua hanya mempunyai pendapatan hasil mengurut dan duit kebun yang kecil..saya memang terharu dgn pengorbanannya.Hanya Allah SWT shj yg mampu membalasnya. Kisah kedua yang dikongsikan oleh Rakan Blogger dari Indonesia Edi lebih menyayat hati dan penuh pengajaran. Di Indonesia juga pernah Pemulung yang berkurb...

Amalan Qurban Rahsia Jadi Jutawan

Image
  Selepas berkahwin dengan Isteri, saya cukup kagum dengan Ibu/Bapa Mertua saya. Saya perhatikan begitu murah rezeki mereka. Anak-anak yang boleh dikatakan berjaya, kedudukan ekonomi yang stabil, dan sudah beberapa kali menunaikan haji. Kadang-kadang, saya tertanya juga, macam mana Ibu Mertua yang bekerja sebagai kerani dan Bapa mertua (Pencen kini, dulu bekerja sebagai Juruteknik) mampu mengumpulkan aset yang boleh saya katakan bernilai jutaan ringgit. Rumah yang dibina atas tanah yang dibeli sendiri, tanah, rumah sewa, barang kemas, dan pelbagai lagi. Rumah kedua kami pun, 10% deposit, kami membuat pinjaman dengan mereka. Suatu hari, Isteri bertanyakan kepada kedua ibubapanya di depan saya : Isteri : Mama, macam mana Mama dan Abah boleh banyak harta ya? Gaji Abah dan Mama takdela tinggi sangat. Mak Mertua : Awak nak tahu Rahsia Murah Rezeki ? Mama dan Abah amalkan sejak kami kahwin lagi. Isteri : Apa dia Mama? Mama : Melakukan Ibadah Qurban . Mama dan Abah tidak...

Mengorbankan Hak Adalah Satu Jihad

Image
  Basmalah. Alhamdullillah kita dapat meneruskan kuliah online  kita, mudah-mudahan mendapat manfaat yang besar, mendapat ilmu, mendapat kesedaran, dapat membaiki diri, dapat iman, dapat taqwa, dapat perpaduan, dapat kejayaan setelah membaca dan mempraktikkannya. Di dalam hidup ini, yang paling susah nak dilakukan adalah mengorbankan hak. Kalau nafsu sudah bermaharajalela, kalau nafsu sudah mengatur hidup kita, kalau nafsu sudah menguasai diri kita, bukan sahaja tidak sanggup mengorbankan hak, bahkan hak orang lain pun kita hendak ambil. Kan individualistik! Mementingkan diri! Kalau rasa ini dipertahankan, maka payah hendak menerima kebenaran, payah hendak berkasih sayang, payah bekerjasama, payah hendak taat. Padahal nakkan keredhaan Tuhan, nakkan kasih sayang Tuhan, kenalah sanggup korbankan hak. Kalau kita tidak sanggup korbankan hak ertinya tidak boleh jadi orang mukmin, tidak boleh jadi orang Tuhan. Takkan dapat keredhaan Tuhan dan kasih sayang Tuhan. Sedangkan ...

Kisah Keinsafan Jutawan Saudi Yang Memilih Untuk Miskin

Image
  Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut. Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini. Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kes...

Korban 2013

Image
Update Terkini Peserta Korban2013 SURAU MUSTAQIMAH 1. Zuraida Zainal Abidin 2. Ahmad Abd Hadi 3. Zaidul Amin Suffian Ahmad 4. Zamir Aizat Ahmad 5. Muhammad Wafiy Ahmad 6. Widad Ahmad 7. Nor Azzean Azizan 8. Hasmah Haji Ahmad 9. Hajah Azizah Din 10. Fadzliyani Kamarudin 11.Zauyah Ismail 12. Zuraida Zainal Abidin 13. Jamilah Adam 14. Norsham Shamsuddin 15. Norsham Shamsuddin 16. Norsham Shamsuddin 17. Norsham Shamsuddin 18. Sharifah Nadia Syed Mohamed 19. Syed Nahar Syed Abdullah 20. Sharifah Nejla Syed Nahar 21. Sharifah Nadine Syed Nahar 22. Shazalina Ahmad 23. Ahmad Abu 24. Khamliza Ismail 25. Kharunisa Salleh 26. Khairuddin Shamsuddin 27. Khairuddin Shamsuddin 28. Wan Kamariah Bakar 29. Khairul Aiman Khairudin 30. Sara Nadira Khairuddin 31. Alya Sumaiyah Khairuddin 32.Zaidah Md Zain 33. Abdullah Bahari 34. Md Zain Darus 35. Zainab Ibrahim 36. Hidayat Ul Faiq Abdullah 37. Taufiq Ul Faiq Abdullah 38. Haikal Ul Faiq Abdullah Pihak surau m...