Posts

Showing posts with the label bapa

Surat Bapa Kepada Pengetua Larang Anak Ikuti Aktiviti Keagamaan Sekolah

Image
        Tak pasti apakah rasionalnya hingga seorang bapa memberikan surat kepada pengetua agar mengecualikan anaknya daripada menyertai sebarang aktiviti keagamaan dan kerohanian termasuk bacaan yasin dan solat berjemaah di sekolah. Berdasarkan kandungan surat rasmi berkenaan ia diserahkan kepada pengetua sebuah sekolah di Putrajaya, Selasa lalu. Ia dipercayai sahih berdasarkan cop penerimaan oleh pihak sekolah. Dalam surat berkenaan si bapa tidak memberikan perincian tentang sebab permohonannya itu namun mendakwa, dia sebagai bapa akan menjalankan tanggung jawab memberikan didikan dan asuhan agama yang sewajarnya. Dia turut meminta agar pihak sekolah menghubunginya sendiri jika memerlukan penjelasan lanjut. Surat ini mula disebarkan di laman-laman sosial sejak semalam, dengan kebanyakan orang mempertikaikan tindakan bapa tersebut. Komen kebanyakan orang, di saat sesetengah ibu bapa banyak bergantung pada pihak sekolah untuk menerapkan di...

Bapa Perkosa Anak Sulung.

Image
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini ingin dikongsikan satu artikel mngenai perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap anak sulungnya. Berita ini dipetik dari artikel di Sinar Harian beberapa hari yang lalu. Seorang bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya sendiri. Dalam pada masa yang sama dan si bapa mengaku tidak bersalah atas perbuatannya itu. Kejadian ini amat memalukan dan diharapkan semua lapisan masyarakat dapat menjadikan kisah ini sebagai iktibar. Mari ikuti berita penuh. ———————————————————————————————————————————————————– KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun. Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa. Berdasarkan pert...

4 Beradik Belasah Bapa Kandung Dengan Pengunci Stereng Kereta

Image
SMS berbaur ugutan dan kata kesat yang dikirimkan anaknya.  KUALA SELANGOR - Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain. Lebih menyedihkan, salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun seolah-olah ‘gembira’ melihat bapa dan bapa saudaranya 'lunyai' ditumbuk dan dipukul di taman perumahan murah di Teluk Piah pada 12 Oktober lalu. Kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, bermula apabila empat beradik berkenaan datang menaiki tiga kereta dan turut membawa sekumpulan lelaki bertujuan untuk 'mengecohkan' kawasan hadapan rumah bapa mereka sehingga jiran berhampiran tidak berani masuk campur. Pada waktu itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 51, yang juga peniaga kecil-kecilan keluar bersama isteri untuk mengambil anak tirinya yang berusia 10 tahun yang mempunyai latiha...