Posts

Showing posts from February, 2014

Status Terakhir Facebook Seorang Gadis Seakan Tahu Ajal Akan Tiba

Image
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada'. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt." Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ? Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, La

Status Terakhir Blogger Remaja Kacukan Melayu Inggeris

Image
Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran.. Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini. Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh! Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak  3 Jun  lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari. Al-Fatihah buat Yasmin. Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya. Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7

Guru Pondok Meninggal 'Senyum' Dalam Solat

Image
Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini. “Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya. Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin. Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata,

Facebook Telah Membeli Whatsapp

Image
Hari ini, pihak  Facebook  telah mengumumkan pengambil alihan satu daripada aplikasi perhidmatan permesejan terkenal di telefon pintar iaitu  WhatsApp  dengan $4 Bilion wang tunai dan baki $14 Bilion baki merupakan jumlah perkongsian dalam syarikat Facebook dan $3 Bilion perkongsian di bursa saham. WhatsApp tidak dinafikan merupakan perkhidmatan permesejan terkenal di dunia juga di Malaysia yang dikatakan telah mencecah 400 juta pengguna pada akhir tahun 2013 dan bertambah 1 juta setiap hari dan kini telah disahkan mempunyai 450 juta pengguna berdafttar. Dalam pada itu, kebanyakan pengguna yang lari dari Facebook Messenger kemudian menggunakan WhatsApp Messenger  sebagai alternatif dan kini ia merupakan satu syarikat di bawah kendalian yang sama. Selain itu, Facebook juga mengesahkan bahawa WhatsApp tidak akan menjadi satu entiti bersama Facebook tetapi dikekalkan seperti sebelum ini dan beroperasi berasing seperti Instagram yang telah dibeli oleh Facebook sebelum ini. Ia menjadikan Wh

ABIM Sambut Debat Dengan Kassim Ahmad Anti Hadis

Image
KUALA LUMPUR:  Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyahut cabaran debat yang dilontarkan pemikir kontroversi Kassim Ahmad seperti yang dilaporkan media semalam. Naib presidennya Hasri Harun berkata, pada pasa sama Kassim Ahmad juga perlu bersedia mengubah serta berhenti mengeluarkan pandangan tidak berasas mengenai Rasullulah S.A.W , ulama’, dan tradisi keilmuan Islam. "Selagi perkara ini tidak disiasat oleh pihak berkuasa agama, pandangan yang diutarakan termasuk menyatakan rambut itu bukan aurat serta mempertikai syahadah kenabian telah memperlihat seolah-olah mendapat “endorsement” dari pihak kerajaan.  "Jika terbukti dan diputuskan idea dan pemikiran Kasim Ahmad bercanggah dengan Islam maka beliau perlu berhenti menyebarkan pandangan beliau dan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Hasri berkata Abim pada 28 Jun 1986 pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.  Menerusi di

Melampau Sungguh Zoo Tipu Pengunjung Ganti Singa Dengan Anjing

Image
Sebuah zoo di Luohe, Henan, China mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing. Perkara ini kantoi selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang. Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ tiba-tiba menyalak. Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang. Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo tersebut. - REM RAMZI Sumber:  Euronews.com

Sekitar Majlis Pengkebumian Ariel Sharon Yang Lalu

Image
Akhirnya bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon telah meninggal dunia pada usia 85 tahun setelah koma sejak tahun 2006 lalu akibat diserang angin ahmar. Sharon mula diserang angin ahmar pada Disember 2005 sebelum mengalami pendarahan otak teruk pada 4 Januari 2006. Selepas dirawat selama berbulan-bulan di Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, Sharon dipindahkan ke Hospital Tel Hashomer. Dilaporkan juga beberapa organ utamanya turut gagal berfungsi. Fakta-fakta kekejaman Ariel Sharon: Merupakan pemimpin Yahudi paling kontroversi berikutan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982. Dianggarkan sebanyak 3,500 penduduk awam kebanyakannya pelarian Palestin maut dibunuh pertubuhan separa tentera ultranasionalis, Phalanges Lebanon yang juga sekutu Israel ketika itu. Ketika menyertai angkatan tentera, Sharon pernah mengetuai unit komando 101 menentang tentera Arab yang berakhir dengan kematian 60 penduduk Palestin keba

Erra Fazira Dicerai Talak Satu

Image
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia  Akhirnya ternoktah sudah hubungan pasangan Erra Fazira dan Engku Imran hari ini apabila Engku Imran melafazkan talak 1. Tak sangka sebenarnya yang ikatan mereka kan berakhir macam ni. Bila tengok sebelum ni nampak loving sungguh. Dengan kehadiran si comel Engku Aleesya lagi.  Sumber : Google SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.  Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.   Apapun, me tetapkan doakan yang terbaik buat mereka. Kesian kat Engku Aleesya. Hurmm.. Mungkin ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk kedua mereka. sumber berita :  Berita Harian Online

Kisah Imam Abu Hanifah Dengan Terompah Kayu

Image
Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : “Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti” Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?” Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawa : “Namaku Nu’man” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?” budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah. al-Imam Abu Hanifah lalu menjawa : “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut, namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya” Budak itu lalu menjawa : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkada

Allah Menjawab Al Fatihah Kita

Image
"Ramai orang yang cara membacanya tergesa-gesa, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita. Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata'ala ber-Firman: "Aku membagi solat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku." ■ Ertinya, tiga ayat di atas  Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in  adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya. ■ Ketika Kita mengucapkan  "Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin" . Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku." ■ Ketika kita mengucapkan  "Ar-Rahmanir-Ra-him ", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku." ■ Ketika kita mengucapkan  "Maliki yaumiddin ", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku." ■ Ketika kita mengucapkan  “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”,  Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.” ■ Ketika k

Artis Mimpi Dikafan, Akhirnya Jadi Realiti Meninggal Dunia

Image
Kematian itu memang pasti. Tidak lambat atau mahupun cepat sesaat. Namun begitu, bilakah kita akan mati itu hanya akan meninggal persoalan untuk kita. Seorang artis yang dikenali sebagai Aden , merupakan vokalis kumpulan nasyid dari Indonesia telah memuat baik satu tweet tentang mimpinya yang dalam keadaan meninggal dunia, malah turut dikafankan. Takdir Allah SWT, mimpinya menjadi kenyataan selepas beberapa hari.

Kini Giliran MAS Pula Sindir Air Asia

Image
Perkhidmatan penerbangan Air Asia hari ini menarik perhatian orang ramai apabila mengiklankan promosi 'Nasi Lemak Kami Lengkap! Macam ini baru betul' di akhbar Berita Harian. Melalui muka surat kedua akhbar itu, promosi itu turut menyenaraikan kandungan lengkap hidangan nasi lemak Pak Nasser iaitu kacang, ikan bilis dan rendang ayam. Tindakan mengiklankan 'Nasi Lemak Pak Nasser' oleh Air Asia dilihat berkait rapat dengan teguran chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan terhadap mutu perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) yang menghidangkan apa yang didakwanya sebagai 'nasi lemak teIanjang'. Dalam pada itu pihak MAS mengeluarkan kembali iklan yang turut berbaur sindirian keatas AIR ASIA berkenaan dengan percutian ke Maldives, yang baru-baru ini pihak Air Asia telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke tempat tersebut.

Susulan Kisah Dari Sweden: Uncle Azizul dan Auntie Shal Yang Ku Kenali

Image
Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif. Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini. Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak.. Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat per

Hindu Murtad Hina Islam - Ada Di Kajang

Image
PRK Kajang akan berlangsung tak lama lagi. Para pengikut pakatan dajjal kini memulakan serangan ke atas umat Islam, Melayu dan Sultan di Selangor. Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan betina ini sebenarnya baru sahaja memeluk agama Kristian dan perasan kononnya dia sudah jadi orang putih dan statusnya telah tinggi berbanding masyarakat India yang sebangsa dengannya. Dan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataannya juga, betina kapir harbi ini merupakan antara barisan muda DAP yang cuba mendapatkan perhatian daripada masyarakat Kajang khususnya. Tidak mustahil sekiranya, paderi yang dimaksudkan, yang terdapat dalam senarai ‘friend’nya merupakan antara sumber penggalak untuk dia merangsang kemarahan masyarakat Melayu-Islam. Betina ini barangkali tidak tahu bahawa akaun Facebooknya boleh diakses dengan sepenuhnya. Berdasarkan kepada tahap Bahasa Inggerisnya yang sangat lintang pukang, selain Bahasa Melayunya dengan kosa kata terhad kepada anjing, babi, sial, le

7 Jenis Tudung Seksi Kegilaan Ramai Wanita Malaysia

Image
Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini. 1. Tudung Bukit Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain. 2. Tudung Sarung Nangka Pakai t