Cinta Songsang Pak Imam Di Trengganu
KUALA TERENGGANU - Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi. “Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan. “Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan sua...