Posts

Showing posts with the label kebaikan

Istiqamah Kunci Kebaikan

Image
  Lakukanlah sesuatu perkara baik itu berterusan walaupun sedikit untuk mendapat reda Allah. PERUBAHAN  daripada satu keadaan kepada satu keadaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ramai dalam kalangan kita yang ingin berubah daripada melakukan perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik, dari perkara yang Allah murka kepada perkara yang Allah reda. Seringkali perkataan istiqamah diucapi dan didengari bertujuan agar apa yang kita lakukan dapat dilaksanakan sehingga ke akhir hayat. Perkataan istiqamah menurut Kamus Dewan ialah menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus. Imam Nawawi mengatakan makna istiqamah ialah 'sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah'. Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Hud ayat 112: Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu telah diperintahkan. Seseorang yang ingin berubah maka perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala perkara yang boleh menyebabkan dirinya kembali kepada asal.  Misalnya seseorang yang tid...

Amerika Iktiraf Kebaikan Berkhatan

Image
NEW YORK 5 Dis. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mengiktiraf kebaikan berkhatan berbanding risiko, yang bakal dialami lelaki yang melaksanakan prosedur membuang kulit zakar. Pusat bagi Pencegahan dan Kawasan Penyakit (CDC) yang mengeluarkan draf garis panduan selepas membuat kajian selama tujuh tahun di Afrika berkaitan berkhatan, sekali gus bakal mengetepikan tanggapan sesetengah lelaki Amerika yang mendakwa amalan tersebut boleh menjejaskan kepuasan seks mereka. Sumber Mail Online memetik CDC sebagai berkata, berkhatan boleh mengurangkan risiko lelaki mendapat penyakit bawaan seksual, barah zakar, jangkitan pada saluran kencing serta menghalang penyebaran virus AIDS. “Manfaat berkhatan bagi lelaki menjadi semakin jelas sejak lebih 10 tahun lalu,’’ kata Dr. Aaron Tobian, seorang penyelidik dari Universiti John Hopkins yang terlibat dalam kajian di Afrika itu. Tobian berkata, garis panduan itu disifatkan penting selepas kadar kelahiran bayi lelaki yang berkhata...