Posts

Showing posts with the label rahsia sedeqah

Kemiskinan Bukan Untuk Dibasmi

Image
Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah kemiskinan. Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini. Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya. Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua a...

Tak Sangka Allah Balas Cepat!

Image
KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu. Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang. Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya. Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya. "Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain. “Sembang apa?” Soal...

Kisah Anak Muda Yang Tidak Dicabut Nyawanya Oleh Malaikat

Image
Kisah Anak Muda Yang Tidak Dicabut Nyawanya. Oleh Sebuah kisah yang akan membuka mata kita tentang kebesaran Allah Taala yang tiada tolak bandingnya. Hayati kisah ini dan sama-sama kita mengambil pengajaran dari cerita ini. Kematian adalah hak Allah Swt, tanpa mampu kita menolaknya secara apapun jika Allah berkehendak, dan juga maju mundurnya kematian adalah hak Allah Swt. Tetapi, ada satu perkara yang mampu membuat kematian di tunda oleh-Nya. Lalu bagaimana caranya dan mengapa itu boleh terjadi?Berikut ini sebuah contoh kisah yang benar – benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim as. Suatu hari, Malaikal Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?” “Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.” “Ada apa dia datang menemuimu?” “Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.” “Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” ...