Posts

Showing posts with the label facebook

Zinaku Bermula Di Facebook

Ya Rabb, Inilah pengakuanku. Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU…. Ya Allah…. Dadaku berdetak. Tangan dan tubuhku menggeletar. Menantikan pengadilan di hadapanMU. Akhirnya malaikat itu datang. Membawa catatan amalanku di dunia. Dibukanya layar…. Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku. Apa yang dilihat,  sangat membuatkanku menyesal …. zina. zina dan zina Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara? “Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!”  Ku dengar mata berbicara lantang. Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku. Malunya aku, Rabb… “Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!”  Kali ini telingaku bicara. Ya,  semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku . Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama… Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat? Kenapa kegiatanku hanya berkapel? Kenapa hari-hariku hanya disibukkan...

Lagi Kes Hina Islam Secara Terbuka Di Facebook

Image
  Seorang lelaki cina bernama  Willie Chow  berasal dari Melaka, menghina Islam secara terbuka di Facebook. Comment yang berbaur penghinaan itu ditulisnya dalam ruangan comment sebuah video yang dimuat naik oleh rakan pengadu.  “Just to show how stupid mudslims can be. It is not okay to eat pork but okay to behead infidels and rape little girls. Mudslims double standard hypocrisy.” - Willie Chow  Pengadu bagaimanapun sempat membuat print screen comment berkenaan sebelum dibuang oleh Willie Chow. Meskipun comment ‘panas’ itu telah dibuang, namun Willie mengambil sikap berdiam diri tanpa membuat sebarang pemohonan maaf. Seolah-olah tiada kekesalan dalam dirinya membuat kenyataan sedemikian.  Mohon pihak berkuasa ambil tindakan terhadap Willie Chow. Tiada lagi alasan bodoh seperti digodam, kepala tengah tension dan lain-lain bagi mengelakan diri ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal. 

Jawapan Ustaz Don Daniyal Isu Kritikan Wardina Di Facebook

Image
Jawapan Ustaz Don Daniyal Isu Kritikan Wardina Safiyyah Di Facebook |   Semalam, Wardina atau nama sebenarnya  Safiyyah Fadlullah Wilmot , 35, telah menegur  Ustaz Don Daniyal  secara terbuka menerusi akaun facebook miliknya kerana merasakan sebahagian ceramah yang dibuat pendakwah berkenaan tidak berpandukan kitab Sunnah dan Hadis. Sebagai respon kepada teguran itu, Ustaz Don Daniyal hari ini tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh model tudung terkemuka,  Wardina Fadlullah Wilmot  terhadap dirinya. Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, adalah tidak adil untuk menghentam dirinya hanya dengan berpandukan sebuah video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya terdahulu tanpa meneliti isi kandungannya secara terperinci. Tambah beliau, Wardina sendiri pernah membuat kenyataan supaya pengguna-pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi mengapa beliau sendiri yang melakukannya. "Apakah niat sebenar Wa...

Status Terakhir Facebook Seorang Gadis Seakan Tahu Ajal Akan Tiba

Image
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada'. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt." Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ? Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, La...

Facebook Telah Membeli Whatsapp

Image
Hari ini, pihak  Facebook  telah mengumumkan pengambil alihan satu daripada aplikasi perhidmatan permesejan terkenal di telefon pintar iaitu  WhatsApp  dengan $4 Bilion wang tunai dan baki $14 Bilion baki merupakan jumlah perkongsian dalam syarikat Facebook dan $3 Bilion perkongsian di bursa saham. WhatsApp tidak dinafikan merupakan perkhidmatan permesejan terkenal di dunia juga di Malaysia yang dikatakan telah mencecah 400 juta pengguna pada akhir tahun 2013 dan bertambah 1 juta setiap hari dan kini telah disahkan mempunyai 450 juta pengguna berdafttar. Dalam pada itu, kebanyakan pengguna yang lari dari Facebook Messenger kemudian menggunakan WhatsApp Messenger  sebagai alternatif dan kini ia merupakan satu syarikat di bawah kendalian yang sama. Selain itu, Facebook juga mengesahkan bahawa WhatsApp tidak akan menjadi satu entiti bersama Facebook tetapi dikekalkan seperti sebelum ini dan beroperasi berasing seperti Instagram yang telah dibeli oleh Facebook sebel...

Pesanan Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya Di Facebook

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Hari ini Dr Fuh ingin berkongsi satu kisah yang amat menyentuh hati dan boleh dijadikan pengajaran. Dr Fuh tak dapat pastikan kisah ini adalah kisah benar ataupun rekaan semata-mata. Walau bagaimanapun kisah ini haruslah kita jadikan panduan dan juga pengajaran. Sama-sama kita hayatinya. Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya, “Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ad...

Cara Delete Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia.

Image
boleh tak kita delete atau deactive facebook orang lain?? ni lebih kurang macam hack facebook jugak la..tapi menggunakan cara yang halus... ye! boleh dengan syarat dia adalah kawan, keluarga   yang telah meninggal dunia!! (ini boleh tipu ><) bila kawan kita telah meninggal dunia, kita boleh membantu delete facebook nya untuk selamanya dengan mengikuti beberapa syarat dibawah. --> syaratnya adalah, anda mengirim permintaan ke facebook untuk delete fb kawan yang telah meninggal dan semua data-datanya untuk selamanya. --> permintaan ini boleh dilakukan oleh ibu, bapa dan kaum kerabat orang yang telah meninggal tersebut. (bolh je semua ni dilanggar) --> semua butir pribadinya hendaklah disertakan seperti sijil kelahiran dan kematiannya (trick: upload saja apa-apa gambar dengan syarat tiada di internet) --> wajib mengetahui email orang yang meninggal ataupun si mangsa. --> selepas itu, klik link dibawah dan lengkapkan borang tersebut delete\deactive faceboo...

Hukum Main Facebook

Image
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?” Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati: 1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, n...

Suspek Buruan Polis Selamba Update Status Facebook

Image
        Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya,  Joemar Omar sedang dicari polis. Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar. Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu. Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini. Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar. Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.   Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba ...

Remaja 17 Tahun Hina Islam Di Facebook.

Image
Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi, dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.  

10 Sebab Mengapa Orang Like Status FB Anda

Image
  Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like? Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja. Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang bagaimana seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu. Mari kita baca antara sebabnya.. 1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini). 2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama. 3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan.. 4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay. 5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta. 6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So ...