Wanita Tidak Boleh Jadi Pemimpin Bukan Satu Diskriminasi
Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu bentuk diskriminasi. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhlukNya, bahkan Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil ertinya meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetap mereka ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. Telah berlaku satu kisah di zaman silam di negara Andalusia, setelah sekian lama kaum Muslimin berperang dengan puak Kristian,namun kaum Muslimin tidak menang dan tidak kalah. Ini telah menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan orang orang Islam,termasuklah seorang wanita Islam yang merasakan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat supaya kemenangan berpihak semula kepada orang Islam. Dia berkata setelah sekian lama tentera dipimpin oleh kaum lelaki, tidak juga berjaya mendapat kemenangan, maka tibalah masanya kaum wanita pula diberi peluang dan dilantik untuk memimpin tentera Islam. Dalam kea...