4 Langkah Tindakan Bila Enjin Kereta Panas
Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah: Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas Paip radiator tersumbat Kekotoran pada sirip radiator Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk Sistem penyalaan kurang tepat Kerosakan pada sistem saluran petrol Ekzos tersumbat Masalah cekam Brek bergesel Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas. Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup. Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu. Langkah Pertama: Tanpa mematikan enjin kereta, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan p...