Posts

Showing posts with the label masuk Islam

Kisah Peninju Wanita Dari Jepun Menerima Hidayah Dan Masuk Islam

Image
Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita dari Jepun. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan di sekolah, bermain dengan rakan-rakan. Ia adalah sesuatu yang tipikal anak di Jepun yang sangat dimanjakan secara material. “Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga,”  ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu semangatnya.  “Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu,”  hatinya bertanya-tanya. Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari, bekerja untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa In...

8.5 Juta Nasrani Memeluk Islam Di Tangan Ulama Ini

Image
Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raji'un . Lebih 8.5 juta masyarakat Afrika masuk Islam di tangannya dengan izin Allah, Dr. Abdur Rahman as-Sumayt meninggalkan dunia dengan amal jariah yang pahalanya terus mengalir InsyaAllah. Wafat pada hari khamis 15/08/2013. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه Mungkin, banyak di antara kita yang tidak mengenali beliau.  Berikut riwayat singkat tentang da'i besar ini . *** 8.5 Juta Nasrani masuk islam di Tangannya Lelaki dalam foto ini mengidap diabetes sejak lama dan telah tiga kali diserang trombosit ( pembuluh darah tersumbat) di kepala dan hatinya. Dalam keadaan seperti ini, orang biasa seperti kita mungkin sudah putus asa, atau paling tidak pun akan melemahkansemangat hidup, atau keinginan berkarya. Tapi tidak dengan beliau. Dengan keadaan seperti ini dia telah menghabiskan 30 tahun dari umurnya mengembara di Afrika, berdakwah dan melebarkan keagungan islam. Beliau adalah Syekh Dr. Abdur Rahman as-Sumayt. Tokoh yang berasal dari Kuwait ini...